welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Sunday, January 2, 2011

tazkirah jalanan - kat mana pertemuan gelap umno pas di terengganu

betapa jahatnya tulangbesi yang baru balik cium kaabah, bukan sebarang manusia boleh cium kaabah dan boleh ambik gambar sekali. kalau pak lah pergi cium kaabah pun belum tentu ada orang yang boleh ambik gambar tapi tulangbesi boleh ambik gambar waktu cium kaabah. ada ilmu baru gamaknya yang tak disebarkan lagi dalam blog malaysianwaves ini, bila ke mekah hendaklah kamu cium kaabah dan berdoa sambil gambar aku diambil. boleh ditunjukkan ke seluruh dunia yang kamu sorang sajelah dalam dunia melakukan aktiviti ini. tulangbesi kembali ke lombok dengan memakai gelaran haji tulangbesi dan oleh kerana haji tulangbesi seorang yang warak dan sudah putih bersih kembali bermain kotor dalam politik. rupanya upacara cium kaabah belum mampu mengikis perasaan dendam dan khianat kepada pas terengganu.

sifat dendam haji tulangbesi tak pernah padam kepada pas terengganu kerana pas terengganu gagal memberikan dia sebarang kerja sewaktu memerintah negeri terengganu. rupanya pas terengganu sudah sedia maklum bahawa haji tulangbesi adalah seorang pengkhianat mungkin kalau diberi jawatan ceo pasti syarikat kerajaan terengganu lagi cepat terlungkup. kali ini bersandarkan kenyataan yb fatah haron yb di kelantan yang dikatakan hebat waktu ini dan hebat digalas sampai kalah lintang pukang. yb fatah bila lagi nak kubangkan dah dua hari masih facebook belum lagi mengupdate fakta fakta terkini. kenapa lambat sangat nak kubangkan. apakah dah sasaran dah tersasar. orang dah mula menghidu bau bangkai dibalik pintu. kenapalah tak tanam aje bangkai tu baru orang tak perasan. tak akan yb fatah tak berani nak kubangkan fakta, ahli pas dah lama tunggu, lagipun masa muktamar nanti boleh lah dijatuhkan orang yang berjumpa dalam gelap. pastikan ahli pas cerahkan sikit perjumpaan ini.

yb fatah tak akan lama sangat sambut tahun baru, waliband pun dah lama balik indon, masa dah berlalu pun, cukup cukup le dengan waliband tu, ni masa untuk menjelaskan apa yang telah di lontarkan. amaran keras dari yb fatah tak memberikan apa apa reaksi yang baik bahkan menambah bara yang sekian lama padam. cubaan yb fatah untuk menutup kisah lain dengan lain tak cukup bijak namanya. orang dah tak bercakap atas dasar jemaah tapi kalau begini amaran keras yang diberikan bermakna ada yang akan terkena amaran pula lepas ini. haji tulangbesi tak ada apa apa pun yang akan terkena tempiasnya jangan sampai yb fatah akan kehilangan kedudukan pula dalam masa masa akan datang. haji tulangbesi hanya pandai gunakan yb bila yb ada kedudukan tapi bila yb dah tertanggal yb bermakna yb akan ditinggalkan oleh haji tulangbesi. haji tulangbesi akan spin benda yang sama dan akan menambah tatabahasa agar nampak lebih elok bagi dirinya.

perjumpaan blogger dengan tok guru nik aziz pun dah tak lama lagi akan berlangsung. diharap yb fatah pun hadir sama, mana lah tahu yb fatah kan adalah pengguna tegar facebook, mungkin boleh update facebook dari tempat perjumpaan blogger dengan tok guru nik aziz. pastikan amaran keras yang yb fatah tulis itu wujud bukannya salah mendengar kerana terlampau ralik sangat dengan facebook. yb fatah bukan belawak kan. kalau yb fatah tak belawak, yb fatah kena beritahu kat mana perjumpaan itu dan yang pasti yb fatah tak kata perjumpaan itu di terengganu kan. kalau yb fatah kata perjumpaan tu di terengganu, aku rasa boleh katakan yb fatah belawak sebab perjumpaan itu bukan diterengganu, diceruk rantau dan dicari cuma dibelakang umah tok guru haji hadi belum dicari, atau berlangsung di kawasan batu buruk, atau dikawasan sekitar ladang atau disekitar kuala terengganu belum ada tanda kehadiran kelima lima pemimpin di terengganu dalam satu masa. jangan belawak yb fatah,

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP