tazkirah jalanan - duk bergomo sesama sendiri rakyat terus menderita
dalam alam maya terus ribut, bagai tsunami menjengah bumi, gempa bumi berskala 8.8 richter, blogger berhujah siang dah malam, yang menuduh yang membela, umno dan barisan nasional terus gelak siang dan malam, rakyat terus miskin papa kedana, dunia blog terus bergolak, cabar mencabar tuduh menuduh, berdoa sambil cium kaabah, ada yang sibuk melemparkan fitnah, blogger umno kenyang dengan fitnah yang dilemparkan kepada pembangkang, semakin banyak fitnah yang boleh dilemparkan semakin banyak duit yang akan masuk poket dan semakin kenyang perut anak bini dirumah. blogger pembangkang bertempur sesama sendiri, menghabiskan masa kepada merencanakan agenda bodoh yang mahu menuduh sesama sendiri sudah lupa apa yang perlu dipejuangkang.
rakyat, anak cucu yang akan mewarisi negara malaysia tak lagi menjadi agenda penting, yang penting menjatuhkan sesama sendiri, rakyat marhaen terus mengikat perut, minum air paip, rakyat malaysia terus dizalimi, terus dihantam dan dikeroyok setiap hari, harga barang melambung lambung, yuran sekolah sudah menjadi beban yang terpaku diatas kepala mak ayah, saban tahun kerajaan mengatakan bahawa yuran sekolah tak akan membebankan mak ayah tapi setiap tahun yuran makin naik, yuran itu yuran ini, yuran kepala mungkin belum wujud tahun ini tapi mungkin akan wujud selagi umno dan barisan nasional berkuasa di malaysia. pembangkang sibuk bergomo sesama sendiri, yang mahu pemimpin pujaan dia naik akan mencantas pemimpin yang mereka kurang berkenan. tulis apa saja asalkan boleh menimbulkan persepsi buruk kepada pemimpin yang kurang digemari.
sedikit hari lagi minyak masak akan mengalami kenaikan harga kerana stok minyak masak sudah kehabisan, kilang dah tak mampu memproses lagi minyak masak, stok pembekal dah berkurangan, kerja kerja gila pengeluar dah bermula selepas kenaikan harga petrol dan diesel, harga barang keperluan naik 300% semua naik tak ada satu pun yang turun, yang turun hanya akal mail sabri, makin hari makin bodoh dan bebal, kalu sayur mahal tanam sayur, kalau duduk rumah flat tingkat 15 tanam aje sayur atas kepala mael sabri, senang tumbuh senang mampus gamaknya. kenyataan bangang dari menteri yang tak pernah menyenangkan hati rakyat miskin, tengok muka mail sabri berucap di tv, rakyat sudah ketahui bahawa harga barang akan naik lagi sebagaimana singkatnya pemikiran mael sabri. bila harga barang naik tak sampai satu hari, stok boleh ada berlori lori tak sampai dua hari dah penuh rak dikedai kedai minyak masak, dimanakah pengeluar boleh keluarkan minyak sebgitu cepat apakah ada lampu aladin ditangan sampaikan begitu cepat minyak masak dibotolkan.
menaikan taraf perkhidmatan pengangkutan awam sambil mengcekik pengusaha bus dan pengusaha bus akan mencekik penggunanya pula, menyediakan tempat yang begitu hebat gah dimata yang melihat tapi membaham pengguna bus, apakah kerajaan umno sudah begitu bangang dalam memerintah sampaikan caj satu bus yang masuk ke dalam terminal adalah rm20 bermakna caj ini akan ditanggung oleh pengguna. jangan tipu jika pengguna tak akan membayarnya kerana ditanggung oleh pengguna. apakah tiada jalan lain selain membina tempat yang canggih dan mendera rakyat yang sudah tercekik dengan kemerosotan ekonomi, tak mustahil minyak akan naik lagi dalam sebulan dua ini, rakyat terus berdiam diri kerana sudah lali dengan permainan umno. umno tetap bohong selamanya.
0 comments:
Post a Comment