welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Monday, January 3, 2011

tazkirah jalanan - yb fatah bila lagi nak kubang maklumat

yb fatah watak utama dalam menimbulkan isu panas dalam usaha menaikkan balik nama dia dalam politik di kelantan setelah mengalas beban kekalahan galas yang sepatutnya tak kalah. oleh kerana terlampau berminat sangat dengan facebook yb fatah menggunakan medium itu untuk mengapi apikan kebencian ahli pas kepada presiden dan timb.presiden. kami juga menyimpan bara buat pas kelantan tapi sayang kami kepada jemaah islam melebehi segala galanya. kami tak luah sebagaimana yb fatah meluah dengan cara yang amat kurang ajaq dan keluar dari norma norma berjemaah. jangan cabar kami untuk membelasah dan menghentam keseluruhan pimpinan pas kelantan, cuma kami tak mahu terikut ikut dengan gaya yb fatah yang terlampau it sekarang menggunakan medium itu menyerang pimpinan pusat. kalau benar perkataan yb fatah yang perjumpaan dengan pihak istana adalah berdasarkan mengenai kerajaan perpaduang bermakna kami juga menentang keseluruhan pemimpin dan melanggar apa yang telah diputuskan dalam muktamar.

adab berjemaah nampaknya ditinggalkan terus oleh yb fatah, apakah yb fatah mahu terus bergendang bersama waliband atau yb fatah akan berpusing pusing macam gasing, dimana janji janji yb fatah yang mahu kubangkan maklumat yang dia dapat dari tok guru, betapa jahat kenyataan yang dibuat oleh hajitulangbesi yang menyangka tok guru nik aziz sebodoh dia. apakah perkataan penarikbeca yang mengatakan tokguru diperdayakan apakah menggambarkan betapa tak bijaknya tok guru nik aziz selalu diperdaya oleh musuh musuh politiknya. dalam masa yang sama menggambarkan bahawa tok guru nik aziz seorang yang berwibawa dan merentas zaman. inikah yang dikatakan ada agenda lain disekelilingnya yang mahu dibuktikan. serangan yang bertali arus oleh kumpulan g13 terus berkumandang walaupun ketuanya dah menarik dan memohon maaf kepada ust nasharuddin semalam. apakah hanya bakaq aje yang mahu meminta maaf, bagaimanakan blog lain yang terang terang menuduh kehadiran ust nasharuddin dalam majlis itu.

wartawan agensi fakap begitu deras menuduh menghadiri majlis bersama agung adalah agenda untuk meneruskan agenda kerajaan perpaduaan. apakah rakyat biasa boleh menolak jika ada jemputan dari istana. motif utama jemputan dipertikai dan sampai bila bila ada jemputan kena menolak kerana ini akan menimbulkan persepsi tak baik kepada parti. apakah kalau penarikbeca, one ji, yb fatah haji tulangbesi, fakap dijemput hadir ke istana mereka akan menolak atau mereka akan hadir kerana mereka bukan membincangkan soal kerajaan perpaduaan. apakah kalau tok guru nik aziz dipanggil tok guru akan menolak sebab majlis ini mesti membincangkan soal kerajaan perpaduaan. inikan politik yang dianuti oleh kumpulan g13, kalau mereka boleh kalau orang lain tak boleh mesti nak berbincang soal kerajaan perpaduaan. otak sempit dan beku akibat makan benda benda kurang berkat termasuk babrbican yang diragui kehalalannya. haji tulangbesi tak apa sebab dia dah cium kaabah sambil berdoa.

yb fatah hendaklah membuat aduan secara rasmi kepada parti pas, ketua penerangan sudah memberikan kata dia, SUA stopa ali juga dah bagi green light, apakah akan ada kata kata seperti haji tulangbesi ia akan dibakul sampahkan aduan ini. yb fatah buat aduan dan adakan sidang media, pasti pas tak boleh berdolak dalik lagi dalam soal ini, pasti media massa umno memberikan kerjasama dalam menjatuhkan kepimpinan pas pusat. yb fatah tak perlu takut dan gentar kerana islam tak pernah ajar yb fatah menjadi penakut. yb fatah orang lama dalam parti dan dalam kerajaan pas kelantan, mana ada yang boleh menakutkannya. mana mungkin yb fatah takut kerana kerajaan pas kelantan tak pernah jatuh ke tangan umno lagi kerana kehebatan pemimpin mereka menjalankan pemerintahan di kelantan. apa yang patut yb fatah buat adalah buat aduan rasmi dan jangan buat aduan melalui facebook. jangan biarkan ahli pas yang bayar yuran menangis tak berlagu kerana mereka dikelentong oleh pemimpin yang belawak, yb fatah tak belawok kan.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP