welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Thursday, January 13, 2011

tazkirah jalanan - janji 100 hari jangan senjata makan tuan

walaupun nampak elok aje janji pakatan jika menguasai putrajaya, apakah tiada kesan sampingan langsung kepada pemimpin pakatan rakyat. debat yang dicabar oleh nuar berahim kepada najid disambut oleh pengecut dan bacul nazri ajis dan khairy. 100 hari adalah masa yang singkat dan jika dikira masa perjalanan sekarang, apa yang dikatakan dalam hadith nabi telah berlaku sikit demi sikit. masa terlampau laju dah sekarang. sedar tak sedar dan masuk pertengahan bulan januari 2011, apakah yang dibuat sekiranya pakatan rakyat mengambil alih putrajaya masa lebih laju bergerak daripada sekarang. ini akan menyukarkan pihak pakatan rakyat untuk menyempurnakan janji janji nya. apakah janji janji 100 hari akan terlaksana dengan mudah tanpa sebarang gangguan. apakah tarikh 100 hari bermula selepas angkat sumpah atau selepas kejatuhan kerajaan barisan nasional.

jangan 100 hari menjadi senjata makan tuan, walaupun nampak elok tapi kesan mendalam kepada pakatan rakyat perlu dijangka sebelum berlaku. apakah kesannya jika tindakan yang dilakukan tergesa gesa. dengan janji mewah apakah boleh dilaksanakan setelah hutang kerajaan malaysia dibawah umno begitu membukit. apakah pakatan rakyat mahu menambahkan lagi hutang yang sedia ada. apakah jongkong emas perlu dicairkan lagi. semua pertanyaan perlu diberi jawapan sebelum berlaku apa apa. jangan jadi macam terengganu, bila dijanjikan tak dilaksanakan rakyat marah walaupun rakyat tahu royalti dirampas dan tinggal beberapa keping duit syilling hasil peninggalan wan tar. selepas itu, deris pula menambah hutang terengganu dan datang pula mat said terus menambah hutang untuk menampakkan kebijaksaan dalam memerintah, pembangunan yang makin menambahkan hutang. rakyat tengok bagus rupanya mat said biarlah berhutang pun. duit apa saja disatukan kebas sana sini kering kontang, pas ambik alih nanti terus menanggung hutang, pembangunan tak ada kalu pas memerintah sebab duk sibuk bayar hutang umno celaka tinggalkan.

penerangan 100 hari janji pakatan rakyat perlu diterangkan dengan sejelasnya. bimbang rakyat akan memberontak kerana ada yang akan menghasut. dan umno pasti tak akan berdiam diri. segala kerja jahat akan terus dibuat sampai pakatan rakyat tumbang. janji tetap janji kalau hanya menambah hutang sama saja macam umno. tujuh keturunan tak habis bayar hutang dan pakatan rakyat menang tambah tujuh keturunan lagi jadi 14 keturunan hutang ditambah. buku jingga ke nota merah ke perlu dibuat kajian. mesti pakatan rakyat kata dah dibuat. kalau dikira sekarang najid akan menghabiskan segala khazanah negara untuk mempertahankan putrajaya dan jika tumbang, malaysia dah muflis, segala janji akan menjadi janji manismu. rakyat mulai bosan kembali sebab rakyat malaysia sekarang dah terlampau bijak, genetik melayu dah lama mati dimalaysia dan yang tinggal adalah genetik yahudi yang cerdik. jangan biarkan senjata dicipta untuk musuh akan kembali ke kepala sendiri.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP