welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Tuesday, January 11, 2011

jangan cepat menghukum hanya berpandukan Facebook aduka

terbaca blog amdang. saya rasa walaupun dia tak suka umno tapi cara dia menghukum songkokputih adalah keterlaluan. apakah kerana gagal mengawal adukatakguna menyebabkan sp akan menerima padah. dalam jemaah rasanya amdang perlu bertanya kedua belah pihak atau ketiga pihak yang terlibat. menghukum dengan cara begini akan menyebabkan orang yang tidak bersalah akan terhukum kerana manusia gila dari nogori itu akan terus menyalak yalak siapa yang lalu lalang. tindakan amdang menghukum sp tanpa merujuk kenyataan sp dan batuapi adalah tindakan tidak adil. apakah amdang merasakan sp perlu dihukum tanpa perlu memberikan penjelasan. penjelasan yang perlu dicari adakah batuapi dan sp terlibat dalam acara menghantam telinga aduka tak guna yang pekak itu.

amdang terlalu cepat menghukum sp. walaupun analisa amdang tidak menyeluruh hanya mengetahui dari blog yang anti kepada sp dan batuapi. analisa yang dibuat cukup berat sebelah. amdang tidak menyentuh sedikit pun kenapa aduka ditahan dan dibelasah sampai berbuih mulutnya sambil boleh lagi memberikan ucapan. apakah masa tidak memainkan peranan yang penting dalam menentukan kejayaan seperti yang telah dirancang. apakah amdang terikut gaya gaya cipan dan tenuk dan edyesdotcom yang membabibuta menghentam tok guru haji hadi tanpa usul periksa akhirnya malu. skrip ciptaan cipan mulanya nampak hebat akhirnya cipan melarikan diri kerana masa kejadian cipan telah melarikan diri dulu lebih awal sebelum aduka ditahan. betapa jahatnya edyesdotcom mengesahkan yang tok guru haji hadi melihat perkara mungkar didepan matanya. sila sebutkan dengan jelas apakah benar tok guru ada disitu atau hanya ilusi edyesdotcom dan cipan. sampai saat ini cipan masih menyepi dengan tuduhan palsu kepada tok guru haji hadi.

sp belum tentu menghubungi jawatankuasa masjid rhusila mungkin sp berhubung dengan pa tok guru haji hadi, pa tok guru tak sempat nak cakap dengan ahlijawatankuasa masjid. sebarang kemungkinan boleh berlaku antara ajk masjid dengan pa tok guru. jangan terlampau cepat menghukum tanpa usul periksa. walaupun dari segi teknikal nampak aduka betul tapi masa yang ditetapkan sudah berlaku perkara yang memang akan dilakukan oleh aduka. kalau orang jemput makan kenduri pukul 11 apakah kita datang pukul 10.45 sudah boleh dikira memenuhkan jemputan itu. kalau kita tidak layan dalam masa itu apakah kita boleh mengatakan tuan rumah tak hormati tetamu. cuba renung dulu sebelum menghukum kerana menghukum dengan cepat tanpa bukti bukti yang sahih akan menyebabkan yang tak bersalah akan didapati bersalah. kalau mengundi pukul 8 pagi apakah boleh kita mengundi pukul 7.30 pagi. pegawai spr mana akan membenarkan kita mengundi. apakah kita boleh solat sebelum waktu. fikir dulu. jangankerana manusia durjana kita sesama sendiri menghukum sesama sendiri atas nama keadilan.

hanya berpandukan jawapan facebook aduka takguna amdang dengan yakin bahawa adukatakguna tak bohong. siapa yang tahu apa yang ditanya kepada tok guru, ya tok guru boleh menerima sesiapa sahaja. tapi kalau sakit perut waktu itu apakah kita akan melayan tetamu. tok guru sudah menolak dengan baik tapi kenapa amdang terus membela manusia durjana ini. sepatutnya amdang berlaku adil dalam hal ini. hanya berpandukan facebook aduka itu hanya andaian aduka untuk membenarkan dirinya. apakah amdang percaya yang aduka takguna dikepung oleh 50 hingga 100 orang, dalam harian kosmo dan malaysiakini aduka mengatakan hanya dikepung dalam 2 3 orang sahaja. jadi dimana kesahihan perkataan aduka. amdang teliti dulu fakta, aku tak marah hang untuk membela adukatakguna yang dikatakan dizalimi tetapi perhatikan fakta sebelum menuduh sp yang perlu bertanggungjawab. jangan menghukum tanpa tahu apa yang terjadi dan berat sebelah menghukum sp.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP