welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Tuesday, January 25, 2011

tak perlu blogger bergaduh sesama sendiri

blogger pakatan boleh letakkan keyboard sekarang, tulisan blog hanya santai dan boleh dibaca untuk menaikkan semangat, pertugas di tenang tahu yang mana perangsaraf dan geraksaraf dari pihak musuh. baru kau faham kenapa sb ramai dalam markas besar pas ditenang. mungkin sebab pertugas pakatan rakyat tahu yang datang tu sb. boleh berbual dan berborak mesra sambil bagi info palsu kepada sb. kalau ada wartawan media umno layan macam nak rak, esok keluar cerita lain baru sibuk nak saman. saman pebendanya mereka dah buat berita. blog tak memberikan info sihat kepada pertugas, tak perlu sangat internet blogger ni, boleh baca secara santai aje. tak ada langsung kebaikan kecuali menaikkan semangat. semangat apa yang naik ntahle. semangat air oren gamaknya.

tak boleh menulis berperang sesama sendiri sebab berdasarkan fakta yang ditulis walaupun salah diam aje lebih baik. pertugas pr ditenang tahu dan faham. aku mulai faham bila ada orang bagitahu aku, sebab tu aku tengok banyak sangat bahan bahan kempen terus terperuk sampai habis prk. tanya bila nak edar mereka jawab sehari sebelum pengundian, tamat pengundian penuh lagi poster kempen, kenapa, pertugas tak edarke, atau poster kempen dibuang oleh orang ramai. aku tak menafikan pertugas bertungkus lumus setiap hari tapi ada masanya perlu juga serangan siber yang memberikan maklumat tepat. walaupun orang yang sama bertugas sebab itulah benda yang sama dilakukan. poster kempen tetap membukit dalam markas besar, bila ditanya nak edar sehari sebelum pengundian. itulah jawapanya dari kuala terengganu, bukit gantang sampai ke prk tenang. yelah aku tak tahu bagaimana susah senang jadi pertugas, susah senang pengkempen, aku pandai tulis dalam blog aje. tak pernah sakit tidur berbantalkan lengan, tak pernah menadah tangan memungut derma, tak pernah dimaki dan dihamun oleh umno.

culaan tu pebenda aku sendiri tak pasti, aku tak tahu camno ada perkataan pengundi mati boleh mengundi, aku tak kenal roadmap, aku tak kenal borang wakil calon, aku tak kenal borang sumpah kerahsiaan, aku tak kenal borang polling agent, aku tak kenal borang counting agent, aku tak tahu apa dia ketua tempat mengundi, kerani pengundian, seal, catatan penting semasa pengundian. akta pilihanraya pun aku tak tahu, lokaliti, saluran, tempat mengundi, semua aku tak mengerti sebab aku tak turun ke prk berlaku, aku hanya tahu berarak hari penamaan calon dan mengaruk dalam blog. aku pun tak pernah tahu belah bahagi sempadan, tak tahu proses pendaftaran pemilih, pertukaran alamat, borang tuntutan, borang bantahan, semua ini tak tahu le. kalau orang kata aku mengaruk pun aku mengaku sangat yang aku tak tahu. aku bukan pernah jadi pertugas, senarai A pun aku tak tahu bukan setakat a, senarai b c pun aku tak berapa nak tahu. tak payah jawab le kalau tulangbesi kata apa apa kepada pemimpin atau fakta silap, blog proulamak bukan beri apa apa kepada perjuangan pr, nasib baik ada pertugas kat sana tanpa mereka pr tak akan menang.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP