welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Monday, January 24, 2011

maklumat tulangbesi - terkejut orang umno

kalau menengok dari tulisan tulangbesi sekarang bergelar alhajj terlalu jauh sangat menyimpang dari fakta sebenarnya dari tenang, balik le tulangbesi, nak balik cakap aje boleh kutip derma apa, lagipun masa ini derma mencurah curah, umno boleh bagi duit tambang apa, setakat 2 ribu celah gigi je, mamak restoran kat labis senyum je bagi 2k. maklumat yang tulangbesi dapat maklumat dari sb, sb menyebarkan berita negatif kepada calon umno dan akan spin maklumat ini, akhirnya pembangkang akan disalahkan kononnya menyebarkan maklumat palsu. tulangbesi mungkin mendapat maklumat dari agensi fakap atau kickdefella yang menulis berita fitnah sekarang. akal kickdefella untuk melancarkan serangan fitnah lebih dasyat dari papagomo dan pasberuk matyeh. maklumat ini memang sahih dari agen agen umno yang mahu pakatan rakyat lebih santai untuk berjuang kononnya sudah sampai matlamat untuk menang.

gila ke apa fakta tulangbesi sampai 20 cawangan bn tutup kerana memboikot. member tulangbesi adalah dipercayai sb atau agen agen umno yng sama aliran dengan tulangbesi. umno sudah pandai gunakan blog kononnya pro pembangkang (agen fitnah 13G untuk PAS). hebatkan umno, kalau 20 cawangan markas tutup, mampus umno lebih baik dari hidup dilabis, kalau ada satu tutup pun belum tentu, kalau tutup markas mana nak hantar rancangan bantuan makanan tambahan, fikir dulu sebelum menerima maklumat dari tulangbesi, tulangbesi sengaja melemparkan tulisan ini untuk menyedapkan hati pembaca pakatan rakyat. sumber utamanya adalah fitnah. fitnah kepada pakatan rakyat dan bagi menimbulkan perasaan yang sungguh tenang setenangnya. fakta ini ditolak kerana sampai ke hari ini belum ada satu pun ditutup sepertimana tulisan tulangbesi. hari ini muhyidin datang bersuaikenal dengan pengundi dun tenang bagaimana umno nak tutup markas, tutup markas tutup periuk nasik.

sejak bila zahar berahim jadi do, district officer ke dapur officer? aku rasa zahar pernah jadi KO kot, kawan orang. tidak disukai satu bentuk dakyah sb kepada rakyat tenang, mereka menggambarkan bahawa zahar atau tok ai sebagai manusia umno yang penuh dengan kelemahan tetapi berjiwa rakyat. pendedahan begini dah banyak masuk ke markas pembangkang dan dibawa ketengah medan pertempuran, berita kekalahan umno sengaja dicanang disini. akibat berita palsu ini, pertugas mulai kendur untuk berjuang kerana sudah tahu bahawa cikgu mala akan menang. berdepan dengan rakyat mereka tidak mahu sangat, jadi salah satu usaha yang menarik memburukkan calon umno dan akan berpusing 360 darjah apabila nak tiba hari pengundian. pakatan rakyat sudah mengambil alih serangan umno dari luar ke dalam. cakap cakap kemenangan pas sudah berkumandang disini. jentera makin lumpuh kerana serangan saikologi umno dan agen agen fitnah.
sebelum menjawab semua fakta tulaangbesi, berfikirlah dengan sebaiknya wahai orang pakatan rakyat. maklumat palsu semakin banyak masuk ke markas utama dan disambung dengan baik oleh blog agen fitnah terlaju dimalaysia. rakan usrah mat sabu pun turut sama menyebarkan berita palsu termasuk aduka yang dikatakan kelabu mata dipukul curi oleh sesama sendiri. kasihan abg mat sabu, dulu pernah terjerat dan tertipu dengan rakan baik, sekarang sengaja menempah bencana seperti biasa. apakah abg mat sabu lupa tentang kejadian dulu. harapan semoga abang mat sabu memberikan perjelasan segera. berita palsu akan terus disebarkan dan dibuat seolah olah betul terjadi bukannya mimpi atau khayalan.

2 comments:

ahmad January 24, 2011 at 3:05 PM  

KK, apa yang hang meramput niiiiiiiiiiiii bagai kata Ahmad Nespu dalam filem P. Ramlee. Petugas PAS di lapangan atau khususnya di Tenang merupakan orang yang sama bertugas di Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Simpang Pasir, Galas, Manik Urai dan yang lain nya.

Apakah selama ini kemenangan atau kegagalan PAS atau PR yang lain itu atas maklumat Tulang Besi atau Bloggers ProUlama?........ianya adalah dari hasil gerakerja di tempat PRK tersebut dengan mendampingi pengundi secara terus. Kalau maklumat pengundi/culaan yang tidak terkini , ianya akan susah mencapai kemenangan tetapi kalau culaan terperinci berhubung pengundi dapatlah kita bersama pengundi hingga ke hari mengundi. Tulisan bloggers boleh dibaca untuk santai dan lipurlara dan juga menaikkan semangat.

Semua petugas sedar samada berita perangsaraf atau geraksaraf pihak musuh atau pihak sahabat, kalau tidak masakan kami bersama setiap PRK. LU FIKIRLAH SENDIRI DAH TAK USAH BERBALAH SESAMA BLOGGER, Apa lu orang dapat, elok turun mai tenang bersama kami. Sorry masa untuk keluar menemui pengundi kami.... salam.

kk January 25, 2011 at 1:05 AM  

terima kasih teguran encik ahmad, hamba salah encik ahmad, hamba banyak buang masa kat sini, semua pertugas tahu mana perangsaraf atau geraksaraf musuh, encik ahmad cula le undi tu baik baik, hamba tak tahu apa benda culaan tu, encik ahmad mesti dah kenal pasti mana pengundi kat tenang yang bangun dari mati, pertugas tenang dah siap buat roadmap,
kemenangan pr dalam pilihanraya kuala terengganu, bukit gantang itu kerja kuat pertugas semua, bukan senang nak berkempen nikan encik mat. perang saraf sb pun sekali libas je pertugas boleh hadam, kawasan kelabu kawasan biru kawasan hijau kawasan putih, pertugas pr je faham kan. ada orang hantar maklumat palsu pun pertugas tahu apa sampai bergaduh berebut nak tampal posterkan cik mad. hamba tak pernah turun ke tempat mengundi ni le cik mad, saja je ulas tulisan tulangbesi, tak faham sangat wakil calon, borang sumpah kerahsiaan, poling agent, counting agent, semua tu hamba tak faham cik mad, pertugas tak payah baca internet sebab busy manjang dengan kempen, bahan kempen pun banyak terperuk dalam markas je, op silap mata aku tak sangka lak terpinar tengok internet je manjang
culaan tepat sampaikan manek urai terurai perut, culaan tepat sampai tak tergalas digalas, terlentok di hulu selangor, orang yang sama bertugaskan, mesti banyak pengalaman, semoga allah membalas kerja kuat cik mad, terima kasih cik mad

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP