welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Saturday, January 22, 2011

menuju penamaan calon N5 tenang

dari air keroh menuju ke labis melalui tol air keroh ke tol yong peng, penamaan calon akan bermula jam 9 pagi, dan perarakan bermula pada 8.30 pagi. semoga tiada kejutan berlaku di sana. semua jalan menuju pusat penamaan calon sudah ditutup mulai tengahmalam semalam. gendang perang bermula hari ini walaupun umno sudah lama memulakan serangan kepada calon pas yang diumumkan lebih awal dari calon umno. suasana agak sibuk disekitar ini. walaupun hari ini bukan hari bekerja bagi negeri johor.

suasana masih lagi gelap tapi semua sudah bersiap sedia untuk berarak pagi ini, restoren sibuk menyambut pelanggan. beribu ribu penyokong sudah masuk ke tempat perarakan bermula. seluruh pelusuk tanahair sedang berkampung dilabis. bermula hari ini dan akan berakhir 30 januari ini. selepas ini akan berarak masuk ke merlimau. negeri jiran johor. pas juga akan bertanding dimerlimau setelah kalah dengan majoriti 2 ribu lebih sepertimana di tenang ini. kalau dikira dari tarikh ini prk n27 merlimau akan terjadi pada akhir februari setelah mengambil kira raya cina dan apa yang terjadi dimelaka.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP