welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Tuesday, December 28, 2010

tazkirah jalanan - tak ada langsung nama nasir

pembodek pembodek nasir berahim fikri tengah bersorak sakan bila mengetahui ada rombakan umno di terengganu. mereka mengharapkan nasir dipilih menjadi timb. pengerusi perhubungan umno terengganu. tapi harapan mereka berkecai bila yahya khatib dilantik menjadi timb mat said. yahya khatib adalah exco yang ditukarkan oleh mat said kerana kebangangan dia menjawab isu dalam sidang dun. mat said berkata pertukaran itu adalah kerana yahya khatib gagal memberikan jawapan yang munasabah kepada sidang dewan. dan akhirnya mat said melantik yahya sebagai penjaga wanita. walaupun bergaji mahal semasa di tnb dulu sifat tamak haloba yahya terus berlaku. ia berhenti kerana deris natang menawarkan jawatan exco kepadanya dan akhirnya deris natang tersengih kerana berjaya menipu yahya khatib selama sepenggal. yahya khatib menjadi exco selepas tiada lagi yang sanggup melawan deris jusoh. dan sudah melanggar arahan mat said. dan kemungkinan besar akan diterajang dalam pru yang akan datang.

kroni nasir ingat boleh bergembira semperna kedatangan tahun baru 2011 tapi mereka menderita kerana nasir tak disebut langsung oleh umno pusat. nama yang dihantar tak ada langsung terkandung nama nasir. nasir diwar warkan akan di angkat menjadi mb terengganu selepas mat said dijatuhkan. besar kemungkinan nasir akan diberi jawatan senator untuk menjawab jawatan mb terengganu kerana dalam umno tak ada yang mustahil. riuh rendah seluruh terengganu umno akan menabalkan nasir sebagai mb baru terengganu. setiap hari di war warkan nasir akan menjadi mb. cuma menjadi kemuskilan sekarang dimanakah nasir akan bertanding dikawasan yang selamat. dun paling selamat adalah seberang takir tapi apakah razif akan menyerahkan dun selamat ini begitu mudah setelah merampas dari tangan pian proxy rashid ngah (insyaallah) atau kawasan bukit tunggal yang mana dah ditinggalkan. apakah nasir lupa pada amaran penduduk dun bukit tunggal. atau dimana lagi nasir nk bertanding

tiada jalan mudah untuk nasir menjadi mb terengganu atau terus menjadi nasir mat jenin kerana terus berangan angan dengan propaganda kroninya. nasir calon yang direstui oleh istana terengganu. sampai saat ini tak ada nampak riak akan menjadi kucah untuk nasir kembali bertanding di peringkat dun. atau mat said akan menunjukkan jalan keluar kepada nasir sebagaimana deris natang menunjukkan jalan keluar kepada dr latif yang menjual sekolah agama negeri. mat said pasti akan mengikut jejak langkah deris natang mencantas musuh utama dan tidak membiarkan musuh politiknya meninggalkan waris dalam umno negeri. semua penyokong deris natang dah panas punggung dan ada yang berkira kira nk jadi yb pencen. ramli nuh dah siapkan rumah bernilai jutaan ringgit selepas dipencenkan awal oleh mat said. mat said akan terus memperkemaskan cengkamannya dalam umno terengganu dan akan melantik yang mana akan berbaiah dengannya sebagaimana deris natang mengatur strategi dulu.

yang pasti umno terengganu akan terus bergolak, puak yang bertelangah tak akan berpuashati sehingga satu puak akan terkambus. dan masa akan menentukan bagaimana mat said mencongak strategi baru yang boleh membuatkan mat said kembali gedebe seperti biasa. mat said akan melantik adun baru, muka baru kerana berdasarkan permintaan rakyat terengganu. ini menjadi satu alasan mat said untuk melemaskan semua adun penyokong deris natang. alias di alur limbat akan menjadi jeruk. rosol akan dieksport menjaga tasik kenyir kawasan bebas cukai. yahya khatib akan dihantar menjadi pengerusi jkkk kerana kebodohannya dalam menjawab isu pembangkang dalam dewan. ramli nuh boleh kembali membaca doa dalam majlis rasmi. deris natang mungkin dirembat ke parlimen atau ditunjukkan jalan keluar oleh mat said. tapi menjadi jalan sukar untuk mat said menunjukkan jalan keluar kepada deris natang atas kapasiti deris natang menjadi pengarah pilihanraya umno pusat. atas jawatan ini deris pasti boleh bertanding tapi diperingkat parlimen dan hasrat nak menjadi mb akan terus lebur dan gelap gelita.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP