welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Monday, December 27, 2010

tazkirah jalanan - berita gembira buat mat said

mat said menerima berita gembira dari malaysia apabila sedang leka bermain salji di england. mat said mengambil alih jawatan pengerusi perhubungan umno negeri terengganu dari hishamudin yang mana gagal mendamaikan mana mana puak di terengganu. mat said dengan bangga dan tersengih bangga dapat menyingkirkan pengaruh deris natang dari dalam umno terengganu. perlantikan yahya khatib tidak akan memberikan apa apa kesan kepada mat said kerana yahya khatib hanya proxy deris natang di dalam negeri terengganu. mat said dengan selamba boleh menghapuskan penyokong penyokong deris natang dalam usaha menawan kembali puncak kuasa dari tangan deris jusoh yang mana masih berminat dengan jawatan menteri besar terengganu.

usaha usaha deris natang masih berterusan dengan menyingkirkan mana mana calon yang berpotensi untuk dinaikkan menjadi calon yang direstui oleh mat said. langkah pertama deris jusoh adalah menyingkirkan calon yang akan mengantikan rosol di ajil. akibatnya calon yang akan dinaikkan oleh mat said tersingkir lebih awal. langkah langkah agresif untuk memastikan mat said tidak mempunyai banyak pilihan untuk menggantikan 10 budak hitamnya di dalam dun negeri terengganu. apa jua usaha deris jusoh yang dilantik menjadi pengarah pilihanraya umno malaysia belum mampu mengugat mat said di terengganu. mat said mendapat perlindungan dari kuasa yang mana deris belum mampu menghakisnya. dan deris akan terus dirundung malang kerana semakin lama semakin malap cengkaman deris natang ke atas umno terenggganu. hari ini berita sedih buat deris natang dan berita gembira buat mat said.

mat said perlu mencongak segera permainan deris natang. dan mat said dilihat tak mampu berbuat apa apa diterengganu kerana kekurangan dana. apa jua yang dibuat oleh mat said tak mampu membuat umno tersenyum. dengan megahnya giant di kijal belum tentu menakutkan deris natang dibesut. walaupun zoo dibina oleh mat said belum mampu menghantar deris natang menghuni zoo tersebut. dikenyir mat said membina kawasan bebas cukai yang mana akan menghanguskan lagi duit rakyat terengganu. oleh kerana deris natang dengan tti mat said dengan kenyir freezone tax. mat said masih mengamalkan politik sempit dan perkauman dan masih belum sedar diri kerana hidup diatas kekuatan orang lain bukan kekuatan sendiri. keyakinan mat said untuk meneruskan cengkamannya kepada umno terengganu dilihat masih lemah. mat said perlu mencantas dengan segera pengaruh deris natang dalam politik umno terengganu.

dan bagi pihak pas perlu segera bangkit dan menggantikan dengan segera umno di terengganu. umno dah tak berguna sesen di terengganu. kedua duanya sibuk mengkayakan kroni masing masing dan bukannya mencari jalan untuk menjana ekonomin terengganu yang semakin lumpuh akibat perbelanjaan boros kedua mb umno ini. semakin lama mb umno menghuni jawatan mb semakin banyak khazanah negeri akan terbarai. pantai pemecah ombak yang dibina di teluk ketapang hampir musnah dilanda ombak terkujuh diakhir tahun. dan yang pasti mat said dah bersiap sedia membeli kapal korek untuk mengorek pasir dan sekaligus mengorek duit royalti minyak terengganu untuk mengisi tembolok mat said yang tak pernah penuh. semoga tahun baru akan terus memberikan tekanan kepada umno. tawan kembali wisma darul iman dari tangan umno. dan pastikan semua berjalan lancar. jangan biarkan lagi ada lagi makhluk asing yang memohon jawatan ceo di terengganu

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP