welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Tuesday, December 28, 2010

2011 makin menjelma

tahun baru akan menjelma dalam masa 3 hari lagi. mak bapak dah banyak yang tepuk kepala kerana banyak wang akan dibelanjakan semperna permbukaan cuti penggal pertama persekolahan. bagi nelayan, petani, tukangkayu, tukangsimen, penanam cilipadi, yang bekerja sendiri, tukang paip akan bersungut setiap kali datangnya tahun baru. pelbagai peralatan yang mesti disediakan oleh mak ayah kepada anak anak. yuran tak mahal sebab menteri kata yuran tak mahal kena dengar cakap menteri sebab dia tahu apa yang dia cakap walaupun cakap dia seperti orang mamai. setiap orang anak mak bapak perlu menyediakan paling kurang rm250. kalau ada 5 org sudah berapa. bagi yang tak berkemampuan ini saat yang paling azab untuk semua mak bapak yang tak berkemampuan. tak termasuk yuran lain yang dikenakan oleh pihak sekolah. jadi dimanakah kata kata umno yang mahu menyediakan tempat mencari ilmu dengan sebaiknya. dengan bebanan kewangan yang semakin bertambah buruk umno terus mencari jalan untuk menaikkan harga barang keperluan.

keperluan menyediakan sekolah secara percuma kepada rakyat malaysia sudah dilupakan terus oleh umno. umno menjadikan institusi pelajaran tempat merembat wang dari saku rakyat malaysia. penipuan demi penipuan yang dijalankan oleh umno kepada ibubapa pelajar. dulu semasa hisham menjadi menteri pelajaran riuh seluruh negara yuran sekolah dimansuhkan. akhirnya rakyat sedar itu hanya mainan umno sahaja. yuran yang bernilai rm4.50 dinaikkan berkali kali ganda daripada asal. begitulah jahat dan bodohnya menteri pelajaran daripada umno. bila muhyidin mengambil alih kementerian ini, pelbagai penipuan yang dijalankan oleh muhyidin untuk menampakkan bahawa beliau seorang yang cerdik walaupun akhirnya rahsia kebodohan muhyidin terbongkar. kbsr akan digantikan dengan kssr. buku teks percuma akan diedarkan segera. berapa ratus juta pula akan dihabiskan oleh kementerian pelajaran. kroni menyambut baik perubahan kssr ini kerana ia dapat menjana duit dengan cepat. itulah hakikat yang terjadi dalam alam realiti. umno tak pernah berniat untuk memajukan pelajaran malaysia kerana bila makin ramai rakyat cerdik makin banyak yang akan menolak umno jatuh tersembam dan tersungkur.

tahun depan rakyat malaysia makin tertekan dan terseksa dengan kenaikan harga barang. bohong oleh menteri umno dah tak menjadi satu kesalahan kepada mereka, kalau yang tak bercakap bohong lambat menjadi menteri. yang mana sanggup berbohong kepada rakyat malaysia akan diberikan jawatan menteri dn memegang portfolio yang lebih penting. kalau menengok kepada kebodohan mael sabri yang jelas berbohong apabila mengatakan minyak x akan dinaikka lagi selepas kenaikan pada pertengahan tahun 2010, akhirnya pada awal disember minyak dinaikkan lagi. menteri tidak lagi mempunyai maruah dan harga diri kerana sanggup berbohong dengan kenyataan akhbar. umno sudah tidak mempedulikan nasib rakyat malaysia, bagi mereka, utamakan kekayaan mereka sendiri lebih penting dari berkhidmat untuk rakyat malaysia. setiap hari menelan duit rakyat, perkhidmatan mereka membela rakyat adalah dibawah kosong. hampir tiada lagi perkhidmatan untuk rakyat. semua sibuk mencari kekayaan untuk diri sendiri. boleh kenyang sampai 7 keturunan. benar slogan tok jib rakyat didahulukan untuk menerima padah apabila minyak naik harga.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP