welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Thursday, December 30, 2010

tazkirah jalanan - menolak buku menuju pas baru

tindakan dewan ulama pas kedah akan mengundang lebih banyak polemik dalam parti. sesungguh musuh dalam pas akan berkumandang dengan banyaknya esok. ulamak ulamak muktabar dari pasreform yang berstatus imam kalau di iran pasti akan menyalak yalak esok. walaupun dah lama menolak buku ini hasil karangan mujahid yusof rawa sepatutnya dewan ulama kedah membiarkan saja buku ini. tak akan menjadi kudis gatal kepada pas untuk menolak buku ini kecuali kepada pejuang pejuang anti ulamak seperti pasreform dan yang seangkatan dengannya. ulamak yang terbuang pun akan mengulas esok harinya. dewan ulamak kedah hanya perlu mendiamkan diri walaupun dah lama pas menolak buku ini.

dengan penolakan secara jelas memang bagus tetapi hanya akan menambah kekusutan dalam pas yang mana pas akan dipandang tak menghargai pandangan orang lain. pas baru ke pas lama ke hanya satu aje jalannya menuju keredhaan ilahi. kalau hanya mahu menaikkan nama atau hanya mahu manusia memandang kerana kehebatan dalam menulis tidak perlu diwar warkan sangat. yang pasti buku ini akan menjadi laris pada esok harinya. dan pelbagai ulasan akan timbul dari musuh musuh pas. dan pas perlu banyak masa pula untuk membersihkan apa yang akan timbul akibat dari penolakan ini. dalam masa kita nak berhadapan dengan umno di tenang sepatutnya tak perlu timbulkan isu yang remeh ini. ini hanya perlu dibuat dalam pas dan tak perlu disebarkan kepada utusan malaysia. agenda fitnah akan berleluasa. dan pas akan berhadapan dengan kesulitan bila berada ditenang nanti. pas tak akan tenang di sana.

yang pasti ulamak kepala lutut akan mengulas isu ini dengan kadar segera setelah sepi dengan usrah barbican. segala bentuk fatwa yang mana dibelajar akan dibuat secara bersiri dan ada pihak yang akan dipersalahkan oleh ulamak kepala lutut. kerja kerja jahanam akan bermula esok hari. dan pas akan berhadapan dengan isu yang sengaja dibawak masuk tanpa disedari. dalam usaha menawan tenang pas sepatutnya bertenang dalam semua hal. apakah sifat gelojoh ini akan membawa pas ke mercu kejayaan. islam tak ajar kita tergopoh gapah dalam menghiasi perjuangan. ada strategi, ada rancangannya. ada caranya untuk kita berhadapan dengan musuh bukannya menimbulkan isu yang sengaja menjadi senjata kepada musuh untuk menewaskan kita. dalam usaha menawan tenang pas tidak tenang nampaknya. apakah kita akan jadi stesen tenang sahaja. tepuk hati tanya imam ..

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP