welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Monday, December 20, 2010

tazkirah jalanan - apakah berulang rampasan royalti ke II

pas terengganu mengambil alih pentadbiran terengganu 1999 daripada tangan umno. manisfesto dikeluarkan adalah untuk kesejahteraan rakyat terengganu. dengan limpahan royalti minyak yang ada dalam tangan kerajaan terengganu dikatakan mampu mengeluarkan terengganu daripada rangking negeri termiskin. tapi umno dibawah wan tar gagal untuk membuktikan bahawa terengganu adalah kuwait malaysia. penduduk terengganu tetap miskin tegar. dengan kedudukan royalti yang mencapai 1 billion mampu mengubah kedaifan rakyat terengganu. pas terengganu mengeluarkan manifesto berdasarkan kewangan yang akan diperolehi jika terengganu berjaya dirampas dari umno dan barisan nasional. dan pada 1999 pas terengganu berjaya merampas terengganu dari tangan umno. sedang dalam rakyat terengganu bergembira dengan kemenangan pas, satu tindakan tidak diduga dibuat oleh umno terengganu yang celaka. mereka sanggup mengkhianati rakyat terengganu sendiri.

royalti dirampas secara paksa oleh cik det dan daim zainudin. dan orang yang membenarkan ini terjadi adalah rais yatim yang mana mentafsir undang mengikut selera orang umno. ku li yang merangka draf perjanjian petroleum antara petronas dan kerajaan negeri senyap membisu. dengan kehilangan hampir 800 juta setahun, pas terengganu gagal mencari sumber dengan sebaik mungkin untuk melancarkan kembali perjalanan pentadbirannya. dalam usaha mencari sumber dan mengamal sikap jimat cermat dalam berbelanja, pas terengganu terpaksa berusaha 8 kali ganda untuk menampung kekurangan yang ada dalam negeri. cukai tanah tak mampu menampung segala perbelanjaan kerajaan negeri. grant perkapita yang sepatutnya diterima oleh kerajaan negeri pada awal tahun sengaja dilambat lambatkan. segala perencanaan dibuat oleh pas terengganu untuk membawa terengganu kepada kemakmuran dan kesejahteraan rakyatnya senget akibat rampasan royalti ini. tapi rakyat terengganu bersyukur kerana tanpa limpahan pembangunan rakyat terengganu menerima tidak kurang 2000 ribu sebulan hasil duit ehsan yang dibagi secara terus oleh umno.

dan bulan ini mat said mb terengganu mengumumkan bahawa royalti yang dirampas akan dikembalikan pada mac 2011. apakah mat said sempat berjoli sakan dengan duit itu atau ada mb yang akan mengambil alih selepas pru yang akan berlangsung. dan persoalan paling besarnya apakah selepas mac 2011 apakah kerajaan umno akan tumbang dan digantikan kembali oleh pas. mungkin kenyataan ini diketawakan oleh blog yang selalu memperlekehkan pemimpin pas terengganu. tidak mustahil pas terengganu akan kembali ke wisma darul iman. kalau setakat cetak tshirt dan jual pun tak habis hantar kepada penerima tak payah le gelak kuat sangat sebab perintah negeri bukan macam cetak tshirt. bukan semudah kutip derma untuk tembolok sendiri dan bukan sesenang mengkritik dari mulut yang sangat hebat tapi tak ada buat apa apa sekadar mengomel siang dan malam.

jika pas terengganu kembali ke wisma darul iman dan mbnya adalah diperkenankan oleh sultan, apakah royalti yang diberi ini akan dirampas kembali atau terus dibayar kepada kerajaan negeri. jika sumber ini tidak dirampas bermakna segala hasil minyak dapat digembelengkan untuk memacu ekonomi negeri terengganu yang sudah lintang pukang hasil kedurjanaan deris natang dan mat said bengong. mat said sibuk dengan projek zoo, projek kawasan bebas cukai ditasik kenyir, tanam anggur dan yang paling hebat adalah projek e-book yang dibeli dengan harga pukal dan dijual berlipat kali ganda keuntungannya. setelah deris membelasah duit ehsan dengan membina taman tamadun idris (TTI) bukan taman tamadun islam sebenarnya ia akan dilihat sebagai monumen bahawa deris pernah menjadi maharaja disini. akhirnya taman tamadun idris kembali sunyi sepi dan segala perkhidmatan untuk mengawal selia dan menjaga sudah tidak dihiraukan oleh mat said. kawasan TTI dibimbangi akan menjadi kawasan maksiat dan kawasan segitiga emas untuk penjual dan penghisap dadah.

apakah umno akan berdiam diri jika pas mengambil terengganu. jikalau putrajaya turut ranap bermakna royalti minyak akan selamat bersama kerajaan negeri. dan andaikata putrajaya masih dibawah umno apakah tok jib akan berdiam diri. dibelakang tok jib adalah bekas pm yang merampas royalti minyak terengganu dan digunakan dengan sewenangnya. apakah najid tak akan mengikut jejak langkah gurunya. berapa banyak yang akan kerajaan terengganu dapat setelah mengambil kira semua yang telah dibelanjakan oleh kedua dua mb. apakah ada lagi atau hanya habuk dan sisa sahaja yang tinggal. apakah umno terengganu sudah dapat menghidu bahawa royalti ini hanyalah permainan umno pusat sahaja untuk menyedapkan hati rakyat terengganu. apakah hanya sekadar mock cheque sahaja. tiada nilai hanya untuk santapan mata sahaja. terengganu akan terus miskin dan papa kedana kerana semua dah ditebas dan ditarah oleh umno pusat dan yang seangkatan dengannya.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP