welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Monday, December 20, 2010

peluang mat said mencantas musuh musuhnya

umno terengganu akan mendapatkan kembali kepercayaan umno pusat untuk hidup tanpa hishamuddin mengetuai umno terengganu. peluang ini akan digunakan dengan sebaiknya oleh mat said untuk memancung dan mencantas musuh musuh politiknya. walaupun dikatakan mat said masih berlembut dengan musuh musuh politiknya namun jika jawatan pengerusi perhubungan umno terengganu diserahkan kepada beliau usaha usaha deris akan menjadi terbantut sebagaimana terbantutnya usaha usaha deris untuk terus menjadi mb diterengganu. jika jawatan ini dipulangkan kepada mat said bermakna jalan hitam untuk kumpulan 10 budak hitam yang akan jahanam. karier politik 10 budak hitam ini sudah menemui titik noktah untuk terus dipilih menjadi calon dalam pru yang akan datang.

usaha usaha telah dibuat oleh 10 budak hitam untuk terus dipilih dan jika jawatan pengerusi perhubungan umno dikembalikan kepada mat said bermakna mereka terpaksa pulang awal atau bolehlah berura ura menempah keranda dan kubur sekaligus. walaupun umno berharap masih ada jalan penyelesaian antara puak puak umno terengganu yang bertelagah kembali duduk semeja dan berbincang dalam keadaan aman damai. apakah deris merelakan ini terjadi. impiannya untuk terus menjawab jawatan mb terengganu masih menyala yala lagi walaupun rakyat terengganu sudah tahu zaman deris sudah tamat. pok yeh tidak akan kembali lagi walaupun hantu mak limah kembali sedang ligat ditayangkan. dengan apa jua cara deris sekalipun deris tetap akan kempunan jawatan mb terengganu.

pihak umno sedang melobi jawatan timb. pengerusi perhubungan terengganu untuk diberi kepada exco kanan iaitu razif yb adun seberang takir. ini dikatakan mampu menghubungkan antara puak mb dengan puak bekas mb. apakah razif tidak mempunyai agenda tersendiri sedangkan dikawasan kuala nerus, nasir berahim fikri sedang berura ura untuk mengambil alih kawasan seberang takir untuk melayakkan dirinya menjadi mb yang dikatakan mendapat restu istana. juak juak nasir sudah lama mencanangkan perkara perkara bangang ini namun tiada satu usaha nampak akan berjaya. dimanakah kawasan selamat untuk nasir bertanding untuk memastikan impiannnya menjadi mb terengganu akan tercapai. razif tidak akan melepaskan kawasan dun seberang takir yang masih dikira selamat utk barisan nasional dan umno. apakah satu hari nanti ada jawatan senator untuk jawatan mb terengganu? dalam umno semuanya boleh terjadi.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP