welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Sunday, December 5, 2010

kenapa negeri pembangkang lesu letih dan lelah??

ketika ini pembangkang menguasai 4 negeri dan satu dirompak dengan cara celaka oleh barisan nasional. sampai hari ini kenapa media massa mempermainkan isu isu kelemahan kelemahan pemerintahan pentabiran negeri pembangkang. apakah barisan nasional terlampau hebat memerintah sampaikan kalau boleh nak menaikkan harga minyak setiap minit setiap jam setiap hari. apakah pemimpin pembangkang malaysia tidak pandai memerintah mentadbir negeri dan hanya pandai mengkritik sepertimana kata kata pemimpin umno yang terlampau pandai memerintah sehinggakan semua naik tanpa ada yang turun. bila naik harga minyak akan dibandingkan lagi murah dari negara lain. pembandingan yang semakin bodoh kalau dikaji oleh rakyat malaysia sampaikan budak tadika pun boleh tahu apa isi berita yang akan dimuatkan dalam akhbar esok hari, minyak kita masih murah berbanding negara lain. malunya jadi pemimpin umno sebab budak kecik pun dah tahu apa alasan bangang yang akan dibuat oleh pemimpin tertinggi umno.

kenapa rakyat melihat pentadbiran kerajaan yang dipimpin oleh pakatan rakyat nampak lemah, letih dan lelah berbanding barisan nasional nampak gah tapi buruk dibelakang. rakyat menilai dan meneliti kesemuanya. walaupun perubahan yang cuba dilakukan tapi rakyat masih buta pekak dan bisu kepada perubahan ini. rakyat akan kata sama je dengan barisan nasional tak ada perbezaan pun. dilemma utama inilah yang sering membuatkan rakyat tertanya kenapa perlu memilih pakatan rakyat daripada barisan nasional yang telah lama bermaharajelela dimalaysia. pas kalah diterengganu, deris natang ambik alih, dalam sekelip mata deris natang membina taman tamadun islam yang sesen haram tak berguna untuk rakyat miskin tapi rakyat miskin terengganu berbangga dengan taman tamadun ini. kalau sebuat taman tamadun islam sengih sampai ke telinga tapi tak tahu menatang apa taman tamadun islam tu. yang lebih hebat walaupun hampir 5 tahun dibina, ada lagi rakyat terengganu yang tak mampu masuk menengok keajaiban pembinaan yang tercetus oleh deris.

rakyat nampak apa yang deris natang buat walaupun tak memberi sebarang makna kepada rakyat terengganu. taman tamadun islam tak menjana sesen ekonomi pun pada kebanyakan rakyat. bot bot penambang masih belum begitu juga tiada pelancong yang berduyun duyun datang dan naik bot untuk pergi ke taman tamadun islam. kedai kedai di taman tamadun islam sepi tanpa pengunjung. petang petang ada le sebuah dua buah kereta hantar anak pergi bermain buaian. yang ramai mat motor dan minah motor dan tak lama lagi akan menjadi port baru maksiat yang akan popular sedikit masa lagi. apakah ini yang dimahukan oleh rakyat terengganu. jadi kenapa pemimpin dinegeri lain pun masih begitu. tiada kesan drastik yang boleh dirasai oleh rakyat. apakah punca utamanya. apakah pemimpin pembangkang tak ada kredibiliti dan memimpin walaupun bersih dari segi unsur rasuah. apakah rakyat berpendapat bahawa ada rasuah baru kerja jalan. pembangunan akan mula nampak walaupun pembangunan itu tak memberi makna sesen pun kepada rakyat terengganu.

masalah utama yang rakyat tak tahu adalah kekangan duit. pentadbiran pembangkang akan menghadapi dilemna yang utama adalah masalah duit. kerajaan persekutuan akan menyekat segala bantuan perkapita dan akan dihantar diakhir tahun. sumber ekonomi yang terhad ini akan menyusahkan pentadbiran untuk melakukan apa apa projek atau untuk menolong rakyat negeri. dulu pemimpin umno dia gasak apa saja hutang kerajaan persekutuan ke hutang ceti ke hutang bank dunia ke gadai tanah ke mereka tak peduli asalkan rakyat nampak apa yang mereka buat. pemimpin pembangkang terpaksa berhati hati dalam berbelanja kerana kekangan ekonomi ini. ada kalanya pegawai negeri dan pemandu terpaksa diberi cuti tanpa dibayar duit, tuntutan elaun lebih masa pun diberi cuti gantian. keadaan ini akan menyukarkan pegawai pegawai dan apabila ini berlaku ada yang berpusing balik menyokong umno.

kerajaan negeri kekurangan ekonomi. segala janji janji manis semasa pru dulu tak dapat dilaksanakan kerana kekangan ini. rakyat tak nampak dan ini akan memberikan impak yang besar kepada kepimpinan pembangkang untuk memajukan negeri dan memberikan keselesaan kepada rakyat. rakyat tak kisah apa yg terjadi dalam pentadbiran rakyat mahu lihat didepan mata bukan dibelakang mata. kerajaan negeri akan lebih lesu letih dan lelah dengan keadaan ini. terpaksa berhadapan dua kali ganda dengan kudrat yang ada. ada yang tertidur semasa bercakap kerana keletihan. kerajaan pembangkang tak mampu memberikan sebagaimana kerajaan barisan nasional bagi. banyak benda terbengkalai. ada yang tak dapat diuruskan dengan baik tanpa wang yang mencukupi. pemerintahan pembangkang akan dibebankan dengan pembayaran balik hutang dengan pihak persekutuan dan yang lebih bijak pihak persekutuan dan siap siap potong hutang berjadual kerajaan negeri. dulu masa barisan nasionl memerintah mereka tak akan berbuat demikian. tak bayar pun kerajaan persekutuan pejam mata aje.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP