welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Monday, December 6, 2010

barisan nasional akan pertahankan putrajaya

umno sudah menangguhkan pemilihan selama 18 bulan. satu jangkamasa yang panjang dan akan diambil kira sebagai persiapan untuk menghadapi pru yg akan datang. umno tak punya banyak masa dalam menguruskan parti mereka yg sudah bocor, jika ia terus dilakukan makin banyak wang akan digunakan untuk bertanding sesama sendiri. jika makin banyak digunakan tiada lagi yang tinggal untuk menghadapi pru yg akan datang. projek pertama mereka sebelum pru ialah mencekik rakyat dengan menaikkan harga barang dan harga minyak dan ini akan menyelamatkan duit mereka sebanyak 1 billion lebih. selepas ini apakah hadiah yang akan diberikan untuk rakyat sebagai ucapan terima kasih mereka kepada rakyat malaysia yang menyokong mereka.

kenyataan tok najid untuk mempertahankan putrajaya sudah cukup membuktikan bahawa dengan apa cara sekalipun mereka akan mempertahankan kedudukan elit mereka. jika mereka tumbang bermakna dyansty umno akan masuk kedalam muzium dengan lebih cepat. kekayaaan negara tidak akan dapat di punggah dan dibelasah lagi. segala keupayaan mereka dengan tektik menghalalkan cara apa saja demi mempertahankan kekuasaan mereka di hujung usia. kokotoran pru yang akan datang lebih menyerlah dan akan dibuat secara terang terang dan tanpa berselindung lagi sepertimana mereka melakukan digalas. semua agensi digunakan dengan tanpa perasaan malu dah. apa yang dibuat oleh umno akan dijawab oleh agensi kerajaan tanpa berselindung lagi. itulah permulaan permainan yang lebih kotor lagi dalam suasana politik malaysia yang semakin membarah.

tok jib dah mula mengakui bahawa barisan nasional dah lama berkuasa dalam konvensyen barisan nasional. apabila dah terlalu lama berkampung disinggah sana bermakna lebih banyak buruk dari baik. lebih banyak memunggah dari mencari. apa jua yang tok jib katakan ia bermakna ia telah melihat kepada keburukan barisan nasional. dalam masa yang sama tok jib sudah meneka bahawa dia adalah legasi terakhir dari legasi barisan nasional yang mana nepostime berlaku. anak pm akan menjadi pm juga. cuma kecerdikan ayah tidak diwarisi. pihak pembangkang perlu bersedia lebih awal dan bersiap siaga kerana barisan nasional dah memberikan awal awal amaran bahawa dengan apa cara sekalipun mereka akan mempertahankan putrajaya dari jatuh ke tangan pembangkang.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP