welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Friday, November 26, 2010

dikiri dikeji dikanan di terajang

nuar berahim berada dalam situasi yang amat getir ketika ini, pendedahan demi pendedahan dibuat oleh geng geng satu selimut beliau. ezam mencapai matlamat menjadi senator hasil pengkhianatan beliau kepada nuar berahim. kes liwat ii terus menjadi perbualan hangat. nuar berahim terus ditekan seolah olah keputusan telah ada dan hanya untuk tujuan rasmi sahaja. diluar parti nuar berahim terus keroyok oleh bekas geng satu selimut dengan beliau, semua benda dilondehkan untuk pengetahuan rakyat malaysia sampaikan rakyat malaysia nak muntah membaca pendedahan demi pendedahan yang dilakukan oleh pengkhianat pengkhianat nuar berahim. sampai saat ini masih belum ada satu perkara yg betul betul jelas yang boleh dikategorikan sahih dan benar berlaku. ezam walaupun acap kali nak mendedahkan apa yg sebenarnya berlaku tak mendedahkan juga akhirnya dia yang terdedah kepada umum orang politik gila kepada pangkat dan kuasa. setiap malam ceramah diselangor akan ada kutukan cemuhan sindiran dan pelbagai bentuk lagi diucapkan oleh ezam. sampaikan kepada sesiapa yg mendengar ceramah ezam sudah tahu apa yg akan disampaikan oleh ezam. benda yg sama diulang ulang bagaikan radio buruk terlebih bateri.

dalam parti keadilan rakyat nuar berahim menerima pelbagai demo, yg terbaru dari pemimpin parti keadilan wilayah persekutuan. zaid berahim yg beria ia menjadi ahli seumur hidup PKR akhirnya keluar pkr menjadi ahli seumur hidup bebas selama lamanya. betapa bangang dan bodoh zaid berahim walaupun seorang peguam kanan ia masih bebal tentang undang undang parti. jika zaid nak keluar tak ada masa time hari ini keluar automatik keluar. bukan pekerja kerajaan ada tempoh untuk keluar. bercuti 3 bulan sebelum pencen. dalam parti tak ada erti edah pun. nak keluar keluar ajelah. yang masih lagi duk tunggu kenapa dan ini mengambarkan bahawa zaid berahim mungkin menunggu pujukan dari nuar berahim atau wan azizah. kalau tak suka boleh berambus secepatnya ni ada masa lah nak kuar. ini bukan sewa rumah menghabiskan duit deposit dulu baru keluar. apakah agenda sebenarnya zaid dalam pkr? itu yg menjadi tandatanya sampai ke hari ini. tempoh yang lama diperlukan untuk keluar dari pkr.

ahli pkr pun mungkin ramai yang tak bayar yuran dan biasanya ahli yang tak bayar yuran inilah yang paling kuat memekik dan melolong dalam blog atau menganjurkan demo tak puashati dengan kepimpinan. ayat yang paling hebat didengar kita jangan jadi macam umno, tanpa disedari ahli pkr lebih teruk dari umno, ia dilakukan untuk membebaskan pkr dari kekotoran dan kejijikan kononnya. orang umno bergaduh pun tak lah sampai seperti ahli pkr yang sanggup membogelkan kepimpinan atas rasa dasar tak puashati. apakah ahli pkr lupa perjanjian pkr yang mahu berjuang untuk rakyat bukan untuk parti. apakah kita suka tengok parti yang kita sokong dan sanjung digelak ketawa oleh musuh. siapa yang begitu bodoh melondehkan kain pemimpin kita agar pemimpin ini berundur segera. apakah rakyat akan lupa siapa yg melondehkan kain pemimpin mereka sendiri? cuba jawab dengan tenang jangan jawab pakai tapak kaki. selepas kita londeh kain pemimpin kita kita pun bergelak ketawa bersama musuh kononnya dah berjaya menjatuhkan kepimpinan yang kita tak suka tanpa disedari musuh juga gelakkan kita yang amat bangang dan bebal kerana kita sendiri dah londehkan kain kita sendiri tanpa kita sedari. hentikan segera budaya bangang ini.

jangan sampai satu hari nanti kita semua ditertawakan oleh anak cucu cicit kita betapa bodoh dan bangangnya tok nyang aku. di londehkan kain dia sendiri lepas tu bergelak ketawa bersama musuh. apakah ini dapat menjamin kepuasan dalam diri kita sebagai perjuang. kita hanyut dalam dunia yg kita cipta. musuh utama boleh ketawa sampai pagi melihat kebodohan kita ahli pkr. kalau tahu ada penyelewangan apakah ada bukti yang terang atau hanya diadakan oleh pihak musuh. teliti dulu bukti itu zaman canggih ini sesiapa boleh buat bukti. kecerdikkan kita akan membawa pkr jauh kedepan bukan mundur kebelakang. jangan jadi mangsa permainan umno, pkr sekarang sudah menjadi bola kepada umno, boleh disepak kemana jua kenapa kerana ahli pkr sendiri dengan sukarela dan rendah hati menjadi bola kepada umno. redakan ketegangan yg sengaja ditimbulkan oleh musuh sebenarnya. ancaman musuh tak pernah diambil kira. apakah umno berlapang dada dengan pkr, ahli pkr silap dalam mencongak strategi umno, walaupun ahli pkr ramai yang pernah jadi ahli umno belum tentu umno dah habis memberitahu pencak silatnya. buah kilas tetap ada. seni politik sukar dibaca jadi berhati hatilah. jgn sampai kemudian hari baru kita sedar kita diperangkap dan hanya bermain dalam kandang yang disediakan oleh umno. sesal kemudian dah tak berguna.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP