welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Monday, October 18, 2010

dah berabuk dan bersawang blog

sudah lama aku tak update blog ini. dan sudah lama aku tak merayau rayau dalam dunia tanpa sempadan ini. kali terakhir aku update adalah menjawab tuduhan senik yang mana seorang penyokong atas pagar yang bila bila masa boleh berubah wajah dan rupa walaupun dia menegaskan dia amat sayang kepada pas. allah tak pernah memberikan apa apa balasan kepada manusia diatas pagar kerana allah menyediakan dua tempat sahaja diakhirat iaitu syurga dan neraka. manusia diatas pagar tidak akan diambil kira dipadang mashyar. malaikat dikiri dan kanan hanya mencatat rekod baik dan buruk tak ada mencatat benda ditengah tengah. penipu jika dikatakan bahawa ada manusia yang ada diatas pagar. tak ada manusia yang betul berdiri diatas pagar ia akan tetap condong ke kiri atau kekanan. tidak ada juga dalam dunia ada pemerhati bebas. pemerhati bebas hanya diwujudkan oleh manusia yang tiada pendirian yang mana akan membelasah dikiri dan kanan tanpa perlu memikirkan apa implikasi kepada orang lain. pemerhati bebas biasanya hanya mengganggap dirinya sahaja yang betul dan berwibawa dan sering hebat walaupun bodoh dan banggang mengalahkan baboon.

buget kerajaan malaysia sudah dibentangkan oleh tok jid yang disambut meriah oleh golongan penyokong umno. walaupun umno dan barisan nasional tahu bahawa buget yang dibentangkan senget dan hampir karam kerana kebodohan kebangangan mereka memerintah malaysia. ekonomi malaysia terus menjunam walaupun umno dan barisan nasional mengatakan ekonomi malaysia sudah pulih. umno mengatakan pembangkang dengki dengan bujet yang dibentangkan tempohari. cukai barangan yang tidak masuk akal di buang dan cukai perkhidmatan ditambah menjadi 6% dan akan menambah beban yang makin teruk keatas kepada rakyat. berapa juta rakyat malaysia yang mendapat faedah hasil pemansuhan cukai minyak wangi dan beberapa aksesori bodoh itu? dan ahli mp umno menyambut baik langkah pemasuhan barangan bangang itu tanpa disedari mereka lebih malang dari lebai malang.

pru akan datang dengan cepat. zambri mb perak dengan bodoh dan bangang mengatakan pembangkang diperak memindahkan pengundi. kerja dan tuduhan bodoh zambri melambangkan betapa bodoh dan bangangnya zambri dalam melemparkan tuduhan. hebatlah pembangkang kalau dapat memindahkan pengundi dengan mendapat bantuan daripada spr yang telah terang terang menyokong umno. apakah spr begitu mulia diperak sampaikan sanggup bersengkokol dengan pembangkang dalam usaha memindahkan pengundi pembangkang kedalam dun yang bakal mereka tandingi. apakah umno tak berupaya melakukan pemindahan pengundi dan menwujudkan pengundi hantu yang sering menakutkan parti pembangkang dinegeri lain. akhirnya pembangkang mempunyai pengundi hantu yang mana boleh memenangkan pembangkang didalam pru akan datang. zambri boleh berhenti jadi mb kerana ianya bodoh dan terlampau bangang sampai doh tak kenal mana tangga dan lift.

prk galas akan bermula pada 26 oktober dan pengundian akan dijalankan pada 4 november 2010. umno dah bersiap sedia memberikan apa saja pemintaan rakyat digalas. lampu aladin kembali digosok untuk memenuhi apa saja permintaan rakyat waktu ini. galas sudah boleh bersiap sedia untuk menggalas beberapa hadiah projek mega yang akan diberikan oleh santa claus bersama pelanduk terbangnya. galas sudah bersiap sedia menerima pembangunan dari lautan biru yang mana tidak pernah terfikir dalam kepala hotak pengundi digalas. projek mega pertama sudah masuk ke galas dengan memberikan 300juta diberikan untuk membina rumah untuk rakyat didun galas. perasmian akan dibuat dengan tak berapa lama lagi. tmp atau pm akan datang merasmikan projek pecah tanah sebagaimana projek pecah tanah perumahan di kuala terengganu hari itu. sampai sekarang tanah tambun dah dipenuhi lalang namun projek yang dijanjikan tak menampakkan apa apa. sekadar untuk menjadikan ucapan pemimpin umno nampak betul dan tepat. pas terengganu sudah menghantar pertugas pertama ke dun galas sebagai pembantu di peti undi batu papan.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP