welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Tuesday, October 5, 2010

respon pada tulisan senik .

pas terengganu perlu reform tapi sampai sekarang tak ada seorang makhluk pun yang menunjukkan satu cara yang berkesan. hanya menunjukkan cara secara luaran yang mana mengambil dari cakap cakap kedai kopi. penulis senik sepatutnya menulis dan mengemukakan bukti bahawa pengerusi pelaburan yang dibuat oleh kerajaan pas 1999 hingga 2004 adalah membazir. kenapa cik senik tak sertakan sekali fakta sebanyak mana pengerusi pelaburan yang dibentuk menghabiskan wang rakyat terengganu. apakah cik senik tahu kenapa pelaburan yang dikatakan nak masuk kenegeri terengganu tak ada dan ini mengambarkan bahawa cik senik hanya bercakap kosong. cik senik dah selidik kenapa pengerusi pelaburan gagal membawa masuk satu sen ke dalam akaun kerajaan negeri terengganu? apakah cik senik tahu apa makna federalisma dalam memberikan ulasan kenapa kerajaan pas terengganu gagal menarik pelaburan? kalau cik senik tak tahu jangan cakap. buat malu orang terengganu je. sesuatu pelaburan yang nak masuk kenegeri kena melalui kerajaan pusat dan jika kerajaan pusat memberikan pelbagai arahan dan protokol dan mengalih pelaburan itu ke negeri yang dikuasai umno apa yang nak kerajaan terengganu kata. ada ke cik senik tahu? atau memang tahu tapi buat buat buat tak tahu kerana nak membelasah pemimpin pas. ada point untuk membelasah pemimpin pas terengganu kerana itulah sebabnya tulisan pas terengganu perlu direform.

sila sebutkan nama peguam yang mengatakan bahawa kemenangan pas satu kesilapan. kenapa tuan senik tak kata sebab peguam itu tak dipilih menjadi calon semasa pru ke 10. sebab tak ambil dia menjadi calon maknanya kemenangan pas adalah menjadi silap. kalau dia jadi calon maka pas menang tak silap. kenyataan yang boleh membuat orang ketawa kerana bukan lawak tapi bodoh. kes persama yang disebutkan itu hanyalah mainan orang umno dalam persama. orang umno kebas berjuta juta tak apa sebab dia umno. kalau pemimpin pas buat silap kerana salah perkiraan atau apa saja ia akan dikira bersalah kepada persama. kakitangan persama memang tak akan percaya kepada pemimpin pas kerana kesemua kakitangan yang dilantik adalah sebelum pas menang apakah persama ditubuhkan semasa kerajaan pas? persama, tdm, golden pharos dan ladang rakyat untung semasa pemerintahan pas kenapa tak disebut. tdm berjaya membeli hotel di mekah kenapa cik senik tak sebut pun.. ini dibawah pengerusi yang sama orang yang sama kenapa cik senik tak sebut bagaimana pengerusi ini berjaya mengembalikan imej anak syarikat terengganu yang sudah diakui sering tak untung. kenapa cik senik tak sentuh langsung.. kenapa kegagalan sedikit dijadikan contoh walhal keuntungan syarikat tdm, golden pharos tidak disebut.. ini adalah kerana cik senik hanya mencari kesalahan bukannya mencari kebenaran. cik senik tahu ke atau buat buat tak tahu....

kes balak banyak berlaku di negeri terengganu. terengganu dibawah pas terengganu hebat mengondol hutan kerana banyak pemimpin pas baham balak untuk kesenangan peribadi. kalau kakitangan pejabat hutan memberi laporan bermakna di terengganu dah habis gondol ditarah oleh pas. oleh kerana maklumat yang dibekalkan oleh kakitangan pejabat hutan le kepada rosol menyebabkan rosol hampir hilang kelayakan menjadi rakyat terengganu. kononnya rosol wahid adalah seorang perjuang alam sekitar dan tidak rela balak terengganu ditebang dan banyak kawasan akan menjadi tercemar.akhirnya rosol wahid termalu sendiri kerana kawasan yang diberikan kepada pemberita sewaktu menaiki helicopter adalah satu kawasan yang sudah dibenarkan oleh alam sekitar. akhirnya rosol wahid mendapat malu kerana maklumat yang dibekalkan oleh kakitangan pejabat hutan adalah tipu semata mata. kesahihan berita dari pejabat banyak menimbulkan masalah. premium balak dibayar mengikut kadar keluasan hektar yang diberikan oleh pejabat hutan. kalau balak itu bernilai 3 juta premium balak tak akan lebih dari itu. bagaimanakah nak untung jika nilai tafsiran balak 3 juta tiba tiba pembalak bayar 5 juta tak ke bodoh pembalak tu. kerja bodoh namanya... hasil 3 juta tapi bayar 5 juta nak ambik mana 2 juta lagi. ni bukan projek kerajaaan boleh buat VO. tak cukup le boss kalau 3 juta sebab nak bayar hutang pejabat pas kemaman. ok you buat i buat vo tambah 20 juta lagi... kalau balak boleh buat VO ke cik senik.. fikir le dulu sebelum terima apa kata orang... atau macamni.. you tebang le balak tepi tepi tu nanti you jual le kat mana towkey dapat duit you bagi le kat pas kemaman. semasa kerajaan pas memerintah terengganu jabatan perhutanan mendapat hasil yang cukup banyak dan mendapat beberapa anugerah kerana mutu kerja meningkat dan hasil semula jadi dipelihara. ini di senyapkan dari dunia luar...

masalah tarikat tu satu lagi masalah kepada pas.. masalahnya tarikat yang berlaku tu menyeleweng dari syariat sebenar jadi kalau nak memang kena ikutlah tarikat yang berkembang walaupun salah. tak boleh macam tu cik senik oiii. kalau salah kena kata salah. masalah sukarelawan yang lari dan banyak kerja terbengkalai adalah kerana banyak sangat yang menjadi jurucakap dari membuatnya. ramai yang bercakap kerja tak ada yang sanggup. yang mana sanggup tapi disekat oleh orang yang bercakap banyak.. nak buat ini tak boleh.. nak buat ni tak boleh .. kena buat macam ni tapi yang cakap nak buat tak buat buat. banyak komplen dari melakukannya. banyak nampak silap orang dari silap diri sendiri. bila orang buat silap kita tegur tapi kita tak buat jugak. kita banyak mencari silap dari bekerja. kalau sama sama bekerja ok le jugak tapi kerja tak buat hanya melemparkan serangan berupa agenda kepentingan sendiri. suka sangat tengok orang kalah kerana tak dengar kata kita. apakah ini dinamakan islam. islam banyak bekerja dan menolong sesama sendiri. tegur menegur jika tersilap sama sama membetulkan jika kita sama sama bekerja tapi kita tak kerja duk sibuk menegur je. siang malam duk cari kesilapan kita sendiri tak kerja pun. balik umah tidur.. orang duk di pejabat politik siang malam tak tidur mintak tolong sedikit dah berbunyi dan banyak sangat alasan yang diberi. aku kerja kerajaan bukan tak nak tolong hang tapi faham faham ajelah kalau aku kena tukar ke sabah sarawak apa nasib anak bini aku. mak ayah aku penerima duit kebajikan jika aku nampak condong ke pembangkang pasti ditarik balik. dan pelbagai alasan yang diberikan bila diminta menolong.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP