welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Tuesday, October 5, 2010

menjawab teguran tiong pada pas terengganu

tulisan tiong begitu membara marahkan jsr. pas menang diterengganu tahun 1999 dan pas menubuhkan JSR. kepada tiong sila siasat dulu sebelum membuat tuduhan bodoh. tuduhan tiong adalah satu perangkap umno yang sedang berkubang dalam tranungkite. kepada tiong kalau tak tahu siapa jsr jangan kata ia adalah satu pertubuhan jin susah rakyat kerana jsr yang dibentuk oleh kerajaan pas terengganu adalah berdasarkan konsep yang diambil dari peristiwa penawanan kota mekah oleh baginda nabi muhammad. Pas terengganu mengambil sikap nak berbaik baik dengan umno dengan harapan orang umno lembut hati akan kembali mengundi pas di tahun yang akan datang iaitu pada 2004.

mungkin tiong sedar dan hanya menjalankan propaganda umno dalam tranungkite supaya perkara buruk tentang jsr disebarkan ke seluruh alam dan membuktikan bahawa pas terengganu banyak melakukan kesilapan dalam menjalankan pentadbiran. tiong tahu bahawa pengerusi jsr yang dilantik oleh kerajaan pas adalah terdiri dari separuh daripada orang yang pernah memimpin jkkk.. sikap berlembut dan cuba mengambil hati orang umno digunakan sepenuhnya oleh jkkk untuk merosakkan imej pertubuhan baru dibentuk ini. apabila kerajaan persekutuan menbentuk semula jkkk mereka ini kembali kepada jawatan asal mereka dan setelah berjaya menghasut penduduk terengganu dengan tingkah laku yang memualkan rakyat terengganu. jsr mendapat nama buruk kerana tingkah laku pemimpin jkkk yang dilantik menganggotai jsr.

jsr yang terdiri dari akar jkkk berjaya membuat pentadbiran negeri kacau bilau. pegawai daerah tengah mesyuarat boleh diganggu dengan sewenangnya-wenang hatta menteri besar sedang bermesyuarat mingguan exco pun diganggu dan dikacau oleh pengerusi jkkk yang bertopengkan muka jsr. kerana sikap berlemah lembut dan konsep nabi memasuki kota mekah cuba dipraktikkan dah menjadi barah yang sukar dibendung oleh kerajaan pas terengganu. kalau tiong tak tahu sangat hal pentadbiran pas terengganu dari 1999 ke 2004 boleh le ditunjukkan oleh orang pas yang masih berjuang sampai hari ini walaupun tak dilantik menjadi pengerusi JSR. jsr menjadi satu beban kepada kerajaan pas terengganu.

kesemua kes yang disebutkan oleh tiong dah dikenal pasti yang membawa masalah kepada pejabat tanah dan daerah kerana jsr tidak berfungsi sebagaimana yang dimahukan kerana umno dah berjaya duduk didalam badan pertubuhan itu. kalau tak tahu tentang peristiwa itu.. aku boleh catatkan apa yang terjadi. kali pertama mb bermesyuarat exco, ada jsr yang datang dari daerah terus masuk walaupun dilarang oleh pegawai ditingkat 16. namun sebab orang yang datang itu adalah umno jadi bagaimana keras dihalang ia tetap menimbulkan masalah kepada pegawai disitu lakonannya menjadi kerana kalau ia dihalang orang umno tadi akan cakap macamana kata kerajaan rakyat datang pun kena halau.. semua menjadi serba salah kepada pemimpin pas dikala itu. bercakap sekadar mengambil dari contoh belakang mati aku pun boleh menulis apa saja. oleh itu sebelum menyalahkan jsr kaji dulu sebelum memberi teguran kerana yang memberi teguran tak tahu apa yang sebenarnya yang terjadi secara realiti.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP