welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Friday, September 3, 2010

wahai muslimin muslimat

6 hari lagi ramadhan akan melabuhkan tirai keberkatannya. manusia islam semakin lalai dan lupa, makin bergelak ketawa, makin menjauhkan diri dari masjid dan surau, solat berjemaah makin dipinggirkan. yang tua terlupa kerana menyambut pulang anak menantu, yang muda teralpa dengan bayangan keseronokan hari raya. wajah wajah gembira semakin terpancar diakhir ramadhan kerana tak lama lagi nafsu akan kembali menggila. wajah kusam dan sepi hanyalah untuk penghuni kubur yang mana terpaksa menunggu 11 bulan akan datang untuk menemui kembali bulan keberkatan ini. tawaran dan janji allah semakin dilupakan. tazkiran saban malam ramadhan sebelum menginjak angka 15 semakin dilupakan. ustaz pun dah semakin malas memberi tazkirah melihat makmun hanya ada satu dan dua baris.

muslimin dan muslimat yang dirahmati allah, marilah kita terus menghidupkan malam malam terakhir ramadhan ini, walaupun berjuta kali diberi peringatan sepanjang hayat kita, kita masih lupa dan sentiasa lupa kepada peringatan dan pesanan junjungan kita nabi muhammad s.a.w. dan ingatlah di mana hari yang lebih haus dari hausnya berpuasa. apakah hari kehausan itu, itulah hari kita dipadang mashyar. tiada lagi air untuk kita beli dan cari diwaktu itu dan nabi muhamad bersabda, puasalah 3 hari setiap bulan dan allah berjanji akan memberi minum kepada orang yang beristiqomah dalam menjalankan ibadat. hari ini kita masih lagi boleh membeli air jika dahaga. dan hari ini kita masih boleh menikmati pelbagai air. dan dihari akhirat hanya allah sahajalah yang memberikan kita minum. andaikata kita tak berbuat sebagaimana anjuran nabi bagaimanakah kita nak menghadapi hari kehausan yang melampau itu. dan janji allah sentiasa benar, dan janji allah akan memberi minum kepada orang yang berpuasa sunat 3 hari disetiap bulan. kalau tak puasa dibulan ramadhan janji allah tak akan terlaksana. jadi dibulan ramadhan kenalah berpuasa sebab puasa itu wajid.

muslimin muslimat yang dirahmati allah sekalian, puasa mempunyai pelbagai kebaikan dari segi sains dan telah dibuat kajian bahawa puasa dapat menyihatkan manusia dari penyakit. jika makan melebihi had yang ditetapkan penyakit mudah hinggap dan menyerang. umat islam makan bila dia lapar dan berhenti makan sebelum kenyang. itulah keindahan islam. tapi hari ini dimalaysia umat islam mati sebab makan dan rakyat islam dinegara lain mati tak makan. itulah bezanya manusia islam dimalaysia dan dinegara lain. jika kamu mahu berpuasa hendaklah kamu berpuasa sebagaimana puasa nabi daud, bagaimanakah puasa nabi daud, nabi daud berpuasa selang sehari, hari ini berpuasa esok berbuka dan begitulah seterusnya. mungkin kita tak mampu mengikut puasa nabi daud dan kita ikutlah apa kata nabi berpuasa hanya 3 hari dalam sebulan. kita umat lemah dan taraf iman kita hanya senipis kulit bawang. kalaulah nabi berpuasa 3 hari sebulan alangkah hebatnya kita.

semoga hati hati kita terus dilembutkan oleh allah untuk terus beribadat dan beramal sepanjang ramadhan dan bulan bulan seterusnya. bersitiqomah dalam beribadat adalah sebaik baik ibadat walaupun sikit. cuba dan paksa diri untuk bangun walaupun solat atau berzikir sepatah ayat atau hanya berdoa sedikit diwaktu 2/3 malam dimalam akhir ini. insyaallah kita akan berjumpa malam rahmat malam seribu bulan. semoga allah memberi kemenangan kepada pejuang pejuang islam demi mendaulatkan hukum allah dibumi malaysia. islam pasti akan menang. dan jadikanlah ramadhan sebagai pemakin dan pemacu pergerakan jemaah untuk terus berjuang dibumi bertuah ini selagi hayat masih dikandung badan. berdoalah kerana itu senjata mukmin yang paling agung dan ampuh. berdoalah pasti allah perkenankan.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP