welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Thursday, September 2, 2010

jom beramal dan beribadat

ramadhan dah nak hampir waktu syuruk dah. umat islam makin galak mengunjungi pusat pusat lahgo. pesanan nabi dibuat endah tak endah sahaja. tawaran murah dari allah juga dipandang sepi oleh umat islam. umat islam makin sibuk nak sambut raya yang mana hari raya allah tak menjanjikan seribu bulan jika kita beramal. wahai umat islam hentikanlah kerja kerja bodoh kamu. hentikanlah menyambut hari raya seolah olah raya adalah lebih besar dari malam seribu bulan. hentikan budaya menyambut raya secara melampau lampau. penuhkan masjid dan surau sehingga tamat bulan ramadhan. allah memberikan tawaran paling murah dan tahan lama sebagai bekalan untuk hidup kekal abadi. baju raya, kuih raya, samping raya belum menjamin kamu semua akan selamat menempuhi dugaan hari akhirat. hanya iman dan takwa menjadi penyelamat kamu diakhir kalam. jangan lagi kamu umat islam menyahut seruan kaum yahudi yang mahu kamu mengikuti mereka hatta mereka masuk kelubang biawak kamu akan masuk bersama mereka.

perayaan aidul fitri yang sebenarnya sepatutnya disambut secara sederhana. ingatlah orang didalam kubur menangis apabila berakhirnya ramadhan. penghuni kubur merayu agar ramadhan datang lagi dengan cepat kerana seksaan kubur dihentikan didalam bulan ramadhan. penghuni dunia bersorak sorai habisnya bulan puasa. kalau boleh dilamakan lagi ketibaan ramadhan. insaflah wahai umat islam. kubur sedang menanti kamu. rebutlah malam malam terakhir di bulan ramadhan. anggaplah tahun ini tahun terakhir kita bersama ramadhan ini. kejar dan carilah malam seribu bulan. allah itu amat mengasihani dan penyayang. kita akan masuk syurga dengan rahmatnya. hentikanlah budaya dan tradisi menyambut raya. bersederhanalah menyambutnya. penuhilah malam malam terakhir dengan amal ibadat. memohon keampunan, memohon dikekalkan iman. tanpa imam kita akan dihumban ke dalam neraka jahanam, nauzubillah.

sesungguhnya allah itu mengasihani umat manusia. sesiapa yang membuat kebaikan akan digandakan amalannya. dan sesiap yang berbuat jahat hanya mendapat satu bukannya gandaan. andaikata allah tidak menyayangi hambanya buat jahat sekali digandakan 2 atau 3 sudah nercaya kita tak akan mendapat balasan syurga allah. hanya membuat kebaikan allah mengandakan amalan itu, sifat pemurah allah dapat dilihat dengan pemberian pahala dalam bentuk gandaan dan ssungguhnya kasih allah pada manusia tidak terbatas dan terhad. allah amat mengasihani hamba hambanya. amalam baik sahaja yang digandakan dan amalan buruk tidak digandakan. marilah kita penuhkan masjid dan surau, bertadarus, membaca kitabullah. akhir ramadhan ini semoga memberi keberkatan dan kemenangan islam yang sejati kepada hambanya.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP