welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Saturday, September 4, 2010

rahmat allah

setelah 24 hari beribadat didalam puasa ini, hujan rahmat semalam melanda negeri terengganu. hujan lebat yang sudah lama tak menyirami seluruh negeri terengganu. rahmat yang allah berikan semalam, tak semena mena ditengah matahari terbit menyinari bumi terengganu bertukar mendung dan hujan rahmat menyejukkan bumi terengganu yang kepanasan. setelah 24 hari panas terik yang amat bagi penduduk negeri, hujan rahmat telah turun dengan selebat lebatnya. solat tarawih malam ke 25 semalam berada dalam keadaan yang amat dingin dan menyegarkan. syukur kepada allah menyejukkan bumi terengganu. kali pertama bersolat dengan keadaan yang begitu selesa. mungkin inilah rahmat malam lailatuqadar yang akan menjelma di malam malam terakhir ramadhan. marilah kita sama mencari dan memburu malam seribu bulan, malam memohon keampunan dan keredhaaan allah. banyaklah zikir dan membaca alquran.

ayuh wahai muslimin muslimat, rahmat allah amat besar dari kemurkaannya kepada hamba hambanya yang sentiasa alpa dan engkar. ramadhan yang masih bersisa lagi 5 malam, seeloknya marilah kita sama sama bersujud dan memohon keampunan bersungguh sungguh. selagai hayat dikandung badan marilah kita sama sama mengerjakan ibadat dibulan kemenangan dan bulan penuh dengan keberkatan. 5 hari lagi umat islam akan bebas dari ramadhan dan nafsu yang menggila akan mendatang lagi. 5 hari lagi umat islam akan menyambut aidulfitri. sambutlah aidulfitri dengan seadanya. jangan membazir dan berhabis habisan. raya hanyalah sehari dan yang selebihnya adalah bidaah. dunia tak menjaminkan apa apa kepada kita.

walaupun seronok sangat nak menyambut syawal janganlah kita lupa kepada yang miskin. tunaikanlah zakat fitrah yang wajid keatas kita dan juga sekalian yang berada dibawah tanggungan kita. jangan pulak kerana terlampau gembira kita lupa membayar zakat fitrah kerana tanpa zakat fitrah puasa tak akan bermakna dan zakat fitrah tak boleh diganti di tahun tahun akan datang. tunaikanlah hak hak yang ada pada kita kepada yang berhak. puasa penuh dan solat tawarih sepanjang ramadhan tak akan bererti jika kita gagal menunaikan zakat fitrah bagi yang mampu. zakat fitrah menjadi pelengkap kepada amalan puasa kita dibulan yang mulia ini. bersedekahlah banyak diakhir ramadhan. hanya itulah sahaja bekalan yang akan membawa kita ke alam lain selepas ini. tanpa bekalan yang mencukupi kita akan kerugian dan akan menyesal selama lamanya.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP