welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Monday, September 6, 2010

sebelum raya

keadaan traffic mula menggila dan membebankan. aliran traffic semakin slow dan hampir tak bergerak. keadaan ini saban tahun akan berlaku dan akan terus berlaku sehingga ada satu jalan penyelesaiannya. kalau dikira dengan otak senget mat said, maka jawabnya sampai mampuslah jalan raya terengganu akan jem sepanjang musim perayaan. sekarang berlaku pertembungan dengan cuti sekolah yang lama dan musim hari raya, banyak kenderaan yang baru pulang dari pelbagai kota. ada yang yang hanya memandu setahun sekali itupun kerana nak balik raya kat kampung. ada yang duduk dikota hanya naik motor kerana naik kereta jawabnya haramlah dapur nak berasap sepanjang bulan. oleh kerana pemandunya hanya memegang stereng kereta setahun sekali ia akan membawa perangai sebagai penunggang motor nak mencilok dan potong tengah aje dan potong line aje kejanya.

banyak kereta accident kerana banyak pemandu yang pulang tak berapa cekap mengendalikan kereta kerana terlampau lama tak memandu. kereta hanya digunakan sekali sekala je. seminggu sekali pun jarang digunakan. nak balik kampung je sebab tak perlu beratur panjang nak dapatkan tiket. kalau anak ada lima 6 7 orang pasti menyukarkan ibubapa nak mengawalnya. oleh itu jalan selamat beli kereta dan simpan setahun sekali guna. balik kampung dengan cara pemanduan motorsikal bukan pemanduan kereta. semakin dekat nak raya semakin banyak pemanduan gila gila dipamerkan. yang potong q sebagaimana motor buat akan dibuat bila memandu kereta. cilok kiri cilok kanan akhirnya langgar belakang kereta orang. kalau inilah corak pemanduan orng yang pulang beraya sampai kiamat pun tak akan selesai masalah transport accident. penyakit bawak motor dibawa ke alam pemanduan kereta yang berbeza sama sekali. balik kampung dengan perasaan tak reti bahasa nak beratur asyik nak potong q, apa diaorang ingat jalan ni mak bapak orang kota bayar saja ke.

ada satu lagi kebangangan dan kebodohan kerajaan negeri terengganu hari ini, diatas jambatan sultan mahmud di turunkan had laji dari 80km kepada 60 km. keadaan ini akan menyebabkan jem setiap masa dan ketika kerana pemandu terpaksa mengikuti tanda had laju yang diturunkan agar tak berlaku kemalangan. bodoh dan bangang kerja jkr ini, semakin banyak penurunan dan perangkap laju yang ada disekitar jalan akan menyebabkan berlakunya kemalangan kerana tiba tiba tengah bawak kereta had laju yang tak masuk akal di pamerkan. adakah jkjr sudah buat kajian bahawa semakin turun had laju semakin banyak kemalangan akan berlaku. setiap hari setiap jam akan berlaku kemalangan kerana had laju diturunkan. tengah bawak kereta sampai satu tempat keluar arahan slowkan kenderaan dengan had laju paling minima. jika semakin rendah had laju semakn banyak kemalangan akan berlaku kerana tiba tiba ada saja pemandu yang akan brek kereta dengan tiba tiba kerana bimbang terkena perangkap laju. dimana boss jkjr sureet singh yang banyak bercakap tentang keselamatan jalanraya yang tak pernah kurang kerana apa, kerana bos jkjr sendiri tak mengerti cara pemanduan dan juga kadar hadlaju yang ditetapkan

sikap kurang sabar pemandu lebih lebih lagi berada dalam keadaan jem menyebabkan berlakunya kemalangan. kali ini pemandu pulang beraya akan mengalami keadaan baru iaitu saman ekor akan dihalalkan oleh menteri pengangkutan kongchoha. semakin rakyat menentang saman ekor, semakin galak menteri pengangkutan memberikan arahan kepada jpj dan polis. semakin banyak saman ekor akan dikenakan kepada pemandu yang pulang berhari raya, mahu sepuluh keping tiket akan dikumpulkan oleh pemandu. kerja senang bagi polis dan jpj, saman ekor akan menyebabkan kantung negara cepat bertambah. betapa bangangnya pemerintahan malaysia sekarang. kerja dia mencari kesalahan rakyat dan boleh memberikan mereka duit untuk dijahanamkan. buat lah beribu ops sikap pun jika polis dan jpj atau jkjr atau bahagian pengangkutan tak mencari punca sebenar kemalangan. banyak sudah terjadi perkara dan berulang setiap tahun. rakyat negara lain mati kena bom atau berperang atau bencana alam dimalaysia rakyat dia mati atas jalanraya. adilkan.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP