welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Tuesday, September 7, 2010

musa hassan akan join pembangkang?

diakhir berada puncak kekuasaan, musa hassan nampaknya nak bertaubat dari kerja kerja kahatnya, kenyataan kerasnya dipenghujung kekuasaan jelas menggambarkan kekecewaan yang tinggi dalam dirinya. selama ini musa hassan yang menjadi cemuhan anggota pembangkang telah membuat kenyataan yang tak pernah dibuat semasa dalam berada diatas kerusi diatas sekali polis diraja malaysia. diakhir pemerintahan musa hassan mungkin inilah suara hatinya. inilah mungkin keberkatan bulan ramadhan almubarak. cahaya keinsafan mungkin terbit dari hati musa hassan yang terlampau lama dalam pdrm. luahan rasa kekecewaan beliau diakhir ramadhan dan diakhir puncak kekuasaan jelas menunding jari jelas ke muka kementerian dalam negeri. walaupun usia pemerintahan musa hassan dah hampir tamat sekurangnya beliau banyak membuka mata sesiapa saja yang mendengar rintihan terakhirnya di sidang media.

kepentingan peribadi, agenda politik merupakan musuh utama dalam tugas sebagai polis, walaupun kelewatan ini disuarakan sekurangnya musa hassan dah mengembalikan nilai dan maruahnya yang dikatakan calar balaa akibat perbuatannya sendiri. walaupun hampir nazak dipuncak kuasa, musa hassan jelas memberikan signal jelas kepada kdn iaitu ada campurtangan yang menyusahkan pihak polis dalam menjalankan tanggungjawab kepada masyarakat. rakyat malaysia mungkin berkecil hati dengan musa hassan sewaktu dia menjalankan tugas sebagai ketua polis negera dan juga sewaktu menjadi polis biasa yang mengusun tilam dalam kes nuar berahim. jika perasaan ini diluahkan dimasa akan datang pasti musa hassan akan cepat dimaafkan walaupun luka lama masih berparut. nuar berahim pasti boleh memaafkan musa hassan kerana musa hassan dan nuar berahim berada dalam satu kelompok yang sama, sama sama mengetahui apa yang terjadi dan sama menghuni satu blog kekuasaan yang angkuh dan sombong.

dikhir ramadhan ada sinar di hati musa hassan, tanpa berselindung dan tegas memberikan kenyataan yang sudah lama terbuku dihati. polis hanyalah menurut arahan dan ada arahan turun dari langit. umno bagaikan dewa dan dewa mesti memberikan arahan tanpa perlu ikut prosedur kerana umno sendiri tak berjenis dalam menurut prosidur. bak kata menteri nikah kawen dalam musang berjanggut aahhh undang ini kekanda yang bikin boleh diubah ikut selera kekandalah. jadi apa nak diherankan sangat kalau arahan diberikan kepada polis tidak melalui musa hassan. mungkin ada juga arahan yang tak dibuat oleh musa hassan tapi dilakukan oleh dewa tapi polis dan musa hassan yag terpaksa menanggung akibat dari arahan yang turun dari langit. diakhir kalam semoga musa hassan benar benar ikhlas dalam memberikan pandangan dan penjelasan dan jangan hanya untuk menutupi kesalahan yang benar dilakukannya sewaktu menjawat jawatan ketua polis negara. rakyat malaysia pasti boleh memaafkan musa hassan.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP