welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Tuesday, September 7, 2010

sibuk nak raya dah

tinggal 3 hari lagi syawal pasti menjelma. bahang kemeriahan syawal telah terasa. umat islam malaysia adalah satu umat islam yang paling hebat sekali dalam menyambut raya. kalaulah hari raya ni ada setiap bulan pasti kedai kedai akan sentiasa dipenuhi. masjid dan surau dan semakin kehilangan jemaah. yang tinggal hanya pak lebai, tok iman, siak bilal dan berapa jemaah yang sudah tiada gigi dan tidak ketinggalan para pekerja kerajaan yang sudah pencen. yang lain tu sibuk sangat nak sambut raya. panggilan azan isyak dah tak dihiraukan, buat tak dengar je qamat dilaungkang. sibuk benar umat islam dalam menyambut hari raya. sampaikan sekarang ada yang tertinggal solat fardhu kerana sibuk sangat membeli belah. umat islam dimalaysia terlampau sibuk nak sambut raya sampaikan terlupa apa yang sebenarnya arahan allah dan apa yang menjadi larangan allah. hentikanlah budaya songsang ini. budaya sambut raya yang berlebihan sampaikan tak ingat dunia. gedung membeli belah penuh dengan lautan manusia.

manusia yang bernama umat islam makin lalai dan alpa. ramadhan akan pergi, sepatutnya kita menangisi pemergian ramadhan dan berharap ada lagi sisa nafas untuk sama sama lagi menikmati ramadhan pada masa akan datang. umat islam malaysia kalau boleh nak adakan perarakan semperna tamatnya bulan ramadhan. tenaga yang ada sepatutnya dihabiskan dengan beribadat diakhir ramadhan tapi tenaga kuat dihabiskan di gedung membeli belah, duk sibuk tanya nak buat apa hari raya, juadah apa, makanan apa untuk menjamu nafsu liar yang terikat di bulan ramadhan. setelah nafsu liar terlepas akan dijamukan dengan segala benda. budaya songsang ini dah menjadi sebati dengan umat islam malaysia. tiada usaha usaha dari pihak kerajaan yang dikatakan amat islam dalam membendung kegiatan menyambut raya berlebih lebihan. budaya ramadhan hampir tiada langsung dalam masyarakat islam malaysia. ramadhan dianggap bulan penderaan kepada umat manusia. menahan lapar dan dahaga tiada memberikan apa apa erti kepada umat islam malaysia.

sebelum terlewat kepada yang terlampau ghairah nak menyambut hari lebaran, peringatan diberikan, bayarlah zakat fitrah jangan sampai luput waktu, berikanlah hak orang lain dalam harta kita. tak menjadi papa kedana nya kalau membayar zakat fitrah. bayar cukai pendapatan berpuluh ribu sanggup apa asalkan tak kena denda. denda allah lagi azab dan berkekalan. jangan keseronokan nak menyambut raya menjadikan umat islam dimalaysia terlupa nak berzakat. sucikanlah hati hati sesungguhnya zakat itu sebagai pembersihan. zakat dalam syariat adalah untuk memenuhi keperluan golongan fakir miskin, orang yang dibebani hutang dan para musafir dan juga sebagai tunjang kepada kemaslahatan kaum Muslimin seperti untuk berjihad di jalan Allah, sebagai sumbangan kepada muallaf yang baru memeluk Islam dan pertolongan kepada kaum keluarganya serta perkara-perkara yang boleh mengukuhkan agama dan kedaulatan negara Islam.Islam berprinsip bahawa seluruh harta pada hakikatnya hanyalah milik Allah SWT. Manusia adalah ditugaskan untuk memegang harta tersebut dan zakat yang diwajibkan itu berfungsi sebagai satu jaminan sosial dalam Islam. jadi berzakatlah wahai umat islam jangan kamu terlalai dan terlupa.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP