welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Wednesday, September 8, 2010

mat said ooo mat said

keadaan traffic semakin memburuk semenjak cuti sekolah bermula, traffic hampir setiap hari mengalami kesesakan yang amat teruk. hari ini rekod kesesakkan sudah bermula jam 9 pagi dengan ditambah dengan keadaan hujan yang turun dan awan gelap mengelilingi negeri terengganu. hampir setiap masa dan ketika sekarang pemandu berhadapan dengan masalah kesesakan jalanraya yang sudah berlarutan bertahun tahun. semenjak deris jadi mb, kesesakkan jalan raya menjelang musim perayaan dan musim cuti sekolah tidak diambil peduli langsung. sepatutnya duit royalti yang berbillion ringgit malaysia digunakan sepenuhnya untuk membuat dan membina jalan jalan alternatif menghubungkan daerah daerah kuala terengganu dan daerah lain. bukan setakat siang hari jem teruk bahkan sampai ke malam.

apakah kerajaan negeri terengganu dibawah pimpinan mb mat said tak pernah nak ambil peduli atau cakna tentang kesusahan rakyat apabila menjelangnya hari raya dan cuti sekolah. keadaan ini akan berterusan sehingga habis musim perayaan atau cuti sekolah. projek yang tidak memberi manafaat menjadi keutamaan kepada mb mat said. apakah penanda aras mat said gunakan untuk memberikan kesejahteraan rakyat. apakah pembinaan dan tambak belakang kampung cina akan menyelesaikan masalah kesesakkan yang berlaku saban tahun. apakah projek yang tak memberikan komisen lumayan tidak akan dilaksanakan walaupun rakyat terengganu menderita dan menghabiskan minyak bergelen gelen akibat kebodohan perancangan mat said. kalau minyak kenderaan murah tak apalah jugak kalau jem tapi minyak kat negeri terengganu tak ada bezanya dengan negeri pengimport minyak.

apakah mat said tak ada otak langsung nak memikirkan bagaimana nak membina jalan jalan alternatif untuk memberikan perjalanan lancar apabila menjelang musim perayaan. kenderaan berasak asak dan yang paling membodoh dan paling bangang sekali adalah dengan menurunkan had laju diatas jambatan sultan mahmud dari 80kmj kepada 60kmj. dimana rasional penurunan had laju ini, semakin turun had laju semakin banyak kemalangan berlaku diatas jambatan sultan mahmud. betapa bodoh dan bangangnya pemerintahan mat said. apakah dengan membina zoo bukit takal akan mengurangkan kesesakkan traffic. jambatan sempit yang menghubungkan kemaman dengan daerah lain yang menjadi jalan utama sampai hari ini tak dibaiki atau ditambah lane. kesesakkan disitu saban tahun dihadapi oleh pengguna yang pulang berhariraya. apakah kekayaan terengganu tak cukup untuk membina jambatan baru atau hanya menambah jambatan baru untuk menyelesaikan masalah kesesakkan traffic. apakah ini dinamakan merakyatkan pembangunan. hampir semua tempat diterenganu mengalami masalah traffic yang teruk apabila menjelang musim perayaan dan cuti sekolah.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP