welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Thursday, September 9, 2010

sujud terakhir - jangan jadi hamba ramadhan

malam terakhir berterawih, ramadhan akan pergi jua, jumaat syawal akan menjelma, makmun semakin kurang, yang ramai menjadi makmun di pasaraya, dimarket, dikedai perabut, alangkah indahnya jika malam terakhir dapat dihidupkan sebagaimana permulaan ramadhan. ramadhan akan ditinggalkan dan nabi berpesan jangan jadi hamba ramadhan, semoga apa yang kita buat dan cari dan tak lupa juga apa yang kita punggah akan berterusan sampai akhir hayat kita. beristiqomahlah dalam mengerjakan suruhan dan meninggalkan apa yang dilarang. malam ini merupakan sujud terawih terakhir, malam esok takbir akan bergema, umat manusia akan bergembira. setelah sebulan bagi yang merasakan menderita akan kembali ceria, yang mana merokok akan kembali menjadi naga berasap. semua akan kembali dengan cara sebelum ramadhan.

sambutlah syawal dengan penuh ketakwaan bukannya menghabiskan segala harta benda. walaupun tuhan memberikan hari raya janganlah kita melampaui. kenangkan kepada saudara islam kita yang menderita seperti di gaza, palastine, iraq, kemboja dan seluruh pelusuk dunia. umat islam terus dizalimi oleh kaum kuffar. semoga raya tahun ini memberikan erti yang lebih baik kepada umat islam. semoga allah memberikan kita keampunan dan kerahmatan sepanjang kita hidup. pastikan perjuangan islam akan terus sehingga islam menang. bebaskanlah islam dari cengkaman kuffar dunia. dan bebaskanlah malaysia dari cengkaman umno.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP