welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Thursday, September 9, 2010

petang 30 ramadhan

cuaca membahang terik membakar, umat islam masih gagah perkasa mencari sesuatu untuk menyambut satu syawal, pasar basah masih penuh dengan orang, jalanraya makin sesak, ribuan umat islam akan dijangka sampai hari ini. panas terik membakar kulit tak terasa sangat bagi umat islam yang amat ghairah untuk menyambut satu syawal. traffic jam merata merata. gedung membeli belah terus menerima pengunjung yang bertali arus tak nampak akan reda selagi syawal belum menjelang. si ibu sibuk mencari lagi apa yang masih kurang dirumah untuk ditambah, siayah terus mencari nafkah untuk memberi keselesaan kepada keluarga untuk menyambut raya. ramadhan dah nak berlalu dah weh, tinggal berapa jam lagi. ramadhan pergi tanpa meninggalkan apa apa kesan dihati umat islam. esok kafir laknatullah akan cuba membakar kitab suci alquran. umat islam dimalaysia tak terasa apa apa walaupun kitab sucinya akan dibakar. yang penting sambut raya.

satu syawal dimalaysia disambut dengan cara amat salah dan bertentangan dengan apa yang diajar oleh nabi kita. kita melampau lampau dalam menyambut syawal. sepatutnya dipetang akhir ramadhan ini kita muhasabah diri kita, apakah kita akan dapat berjumpa lagi diramadhan akan datang, apakah ini ramadhan yang terakhir. sekurangnya berzikirlah sedikit mengingati rahmat allah. umat islam dimalaysia sedang meraikan kepergiaan ramadhan yang dikira mendera bagi yang kurang faham kepada kebaikan bulan puasa. sebulan didera dan esok nafsu liar akan kembali mengganas. panas yang membahang tak menjadi masalah langsung nampakanya kepada umat islam. selalunya dipetang ramadhan ini soal cuaca tak lagi menjadi soal, umat islam dilihat satu umat yang gagah perkasa tak gentar dengan apa jenis keadaan cuaca pun. dulu awal ramadhan dilihat cuaca terik membahang menyebabkan umat islam lembik dan bila hampir habis ramadhan umat islam bertukar menjadi sihat dan kehausan dahaga tak lagi menjadi persoalan. apakah umat islam ini benar lembik diawal ramadhan atau hanya berpura pura lemah. diwaktu ini kita boleh lihat umat islam tanpa kenal penat dan jerih banyak mana peluh mengalir, kerongkong kering tak dihiraukan asalkan dapat membeli apa yang dihajati.

beratur berjam jam dengan troli yang penuh dengan barang barang sanggup dilakukan. untuk datang berjemaah solat isyak dan terawih dan solat witir hanya sedikit masa diperlukan tak ramai yang datang. lenguh sakit lutut, sakit urat keting, letih badan sebab kerja banyak dijadikan alasan tapi apabila menjelang syawal sanggup berdiri berjam jam memilih apa barang yang dihajati.hari terakhir ramadhan akan berlalu jua tanpa pengajaran dan penginsafan kepada umat islam. mereka akan tetap leka dan berbelanja bagaikan sudah tiada hari esok lagi. derma sedekah jariah untuk bekalan hidup berkekalan tak menjadi rutin kepada umat islam. sedekah hanya seringgit sepanjang bulan ramadhan dan menghabiskan beribu ribu untuk membeli pakaian, minuman, minuman dan barang perhiasan. sedekah tak dekat dihati umat islam lagi. tangan untuk menghulur sedekah sudah tak ada lagi yang ada hanya tangan yang membeli.

hampir 4 jam lagi senja ramadhan terakhir akan berlabuh dan akan meninggalkan kita, ramadhan terus berseru supaya umat islam terus beramal, umat islam juga berseru tapi berseru supaya ramadhan cepat pergi. gunakanlah 4 jam terakhir ini untuk bersedekah jariah, memohon keampunan dan mendapat rahmat didunia dan akhirat. asar ramadhan terakhir akan menjelma, jom kita solat berjemaah. habiskanlah petang ramadhan akhir ini untuk kita beramal, lupakanlah sebentar keseronokan kerana esok raya akan menjanjikan keseronokan. ramadhan dah tak lama nak meninggalkan kita. banyak banyakanlah berdoa. semoga ramadhan ini lebih baik dari ramadhan sebelumnya.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP