welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Wednesday, September 15, 2010

syawal yang suram

kemeriahan syawal direntap dengan kisah pembunuhan yang menyayat hati. kejahatan berleluasa tanpa perikemanusiaan lagi. manusia sudah jauh dari pertimbangan akal dan budi. kerana tamak dan haloba kepada wang maka terjadilah pembunuhan, rampas merampas, dan berlaku tindakan yang tak pernah terjangkau dek akal akan berlaku di malaysia ini. kesan pemerintahan lama umno dan barisan nasional yang tidak berjaya mendidik rakyat malaysia menjadi rakyat yang sukakan kedamaian dan kesejahteraan. umno dan barisan nasional berjaya membuat rakyat malaysia berlumba lumba mencari kekayaan tidak lagi mengira samada halal atau haram. keutamaan memuaskan hawa nafsu dalam mengejar kekayaan dunia menyebabkan manusia dah meninggalkan akal yang dianugerahkan oleh allah.

manusia dah semakin hanyut dan ditelan arus deras globalisasi. nyawa manusia tiada tara lagi. anak anak kecil menangis kehilangan ayah. anak anak terus menangisi permergian ibu yang dikasihi. sifat belas kasihan sesama insan dah lama terbuang. yang menjadi persoalan pokok sekarang adalah mencari sebanyak mana laba samada menerusi jalan lurus atau bengkang bengkok. manusia merasakan keperluan mencari wang sudah melebihi segala galanya. nyawa manusia menjadi pertaruhan dalam hidup ini. mencabut nyawa manusia bagai mencabut nyawa ayam yang sudah tiada nilai disisi mereka.

kejahatan makin menerpa deras, kerajaan terus menafikan bahawa kadar jenayah dimalaysia sudah tidak dapat dibendung. segala bentuk jenayah dimalaysia sudah berada dalam kritikal dan jika sekiranya kerajaan malaysia terus berbuai buai mesra dengan penjenayah bermakna malaysia sudah tidak selamat lagi untuk didiami oleh manusia. malaysia perlu didiami oleh kera beruk lontong dan segala binatang pemburu. segala ibu kejahatan ada dimana mana. pusat pelacuran. pusat pengedaran dadah, pusat menjual orang sudah ada dimalaysia. semua kejahatan sudah berkumpul dan akan membesar dengan cepat kerana baja yang diberikan oleh kerajaan malaysia. kerajaan dah mulai tempang dalam menguruskan jenayah yang semakin tidak takut kepada undang undang. undang undang makin menjauh dari diri rakyat malaysia. yang gagah dan berkuasa disamping mempunyai wang boleh membeli segala galanya.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP