welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Wednesday, September 15, 2010

mat said mana ada intergriti

mb negeri terengganu mat said yang dilantik menjadi mb negeri terengganu tanpa persetujuan dan kerelaan umno terengganu. mat said menaiki takhta mb terengganu bukan atas dasar kelayakan tapi atas dasar mahu menyingkir deris yang terlampau banyak melakukan kerja kerja bodoh. oleh kerana mat said bukan dipilih oleh umno maka mat said mahu tidak mahu terpaksa melakukan apa saja kerana mat said merasakan bahawa kedudukan dia sebagai mb terengganu juga hanyalah sepenggal. walaupun masih berlindung dan masih terselamat dari cubaan menggulingkannya dari puak puak deris namun mat said amat runsing kerana kedudukannya sebagai mb akan berakhir dipenghujung pru yg 13 yang tak lama lagi berlangsung. kedudukan mat said dilihat goyah sejak hari pertama memegang jawatan tersebut. sampai ke hari ini pelbagai percubaan dan latihan praktikal namun mat said tetap dilihat lemah untuk mengekalkan kuasanya.

oleh kerana kedudukannya terlampau rapuh dan hanya menunggu masa untuk gugur, maka pelbagai projek untuk dirinya dan kroninya dirancang walaupun dikritik hebat oleh pembangkang dan kerajaan. mat said terpaksa berjuang bersendirian kerana tindakan kurang popularnya menerima jawatan mb. semakin hari hakisan dilakukan oleh pembangkang dan pihak kerajaan kepada imej mat said. projek ebook yang dicanangnya hanyalah untuk mengenyangkan poket diri sendiri dan kroni. walaupun mendapat kritikan hebat dari audit negeri mat said meneruskan juga projek pembahagian ebook secara percuma kepada pelajar pelajar diterengganu. tahun ini saja projek ebook bernilai 50 juta telah diperuntukkan dan tidak mustahil akan bertambah sekali ganda lagi menjelang tahun 2011.

kritikan dan pendedahan jabatan audit negeri mengenai projek ebook tak meninggalkan kesan langsung kepada mb mat said. mat said meneruskan projek ini kerana ia akan mengenyangkan dirinya dan kroni. zaman deris upacara membaham duit dana adalah melalui projek efarm, d3d, ecartoon, dan yang paling berjaya adalah E-dris yang berjaya mengaut beratus juta rm masuk ke akaun masing masing. kroni begitu kenyang dan sampai muntah kerana banyak membaham duit dana dan wang rakyat. projek deris dah banyak dipotong dan wang itu digunakan pula oleh puak puak mat said. d3d telah gulung tikar, pelajar yang belajar dizaman deris dibiarkan tanpa hala tuju. projek kartoon betul menjadi kartun. kerana tak ada langsung pelajar yang berjaya memperolehi kerja selepas belajar di tempat kartun yang diwujudkan oleh deris. inilah projek sekerat jalan yang dilakukan oleh deris. yang penting dapat habuannya walaupun mengorbankan rakyatnya sendiri.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP