welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Friday, September 17, 2010

media umno melaporkan - benar atau tipu

kes pembunuhan kejam datuk sosilawati lawiya mendapat tempat disemua akhbar berbahasa melayu. inggeris, cina, tamil dan sebagainya. media massa umno yang nazak kembali bernafas dengan adanya kes ini. ramai pembeli akhbar kembali membeli akhbar yang diboikot oleh parti pembangkang. kes ini ditulis dengan pelbagai gaya dan diulas tanpa mendapat pengesahan yang sewajarnya dari pihak polis. apakah wartawan di media massa sekarang memperolehi berita ini melalui kebenaran atau hanya merekacipta sahaja tentang berita untuk melariskan kembali jualan lidah umno ini. penyokong dan ahli pembangkang seolah lupa yang akhbar yang mereka boikot ini pernah membuat berita palsu dan pandai merekacipta kisah pembangkang. wartawan akhbar perdana pernah melaporkan berita berunsur fitnah kepada pembangkang dan pihak pembangkang mengambil tindakan memboikot media massa ini.

apakah kerana kes pembunuhan kejam ini wartawan di tempat lidah umno akan melaporkan perkara perkara yang benar berlaku atau hanya imaginasi wartawan umno sahaja. kalau berita pembangkang boleh diubah suai hanya untuk melariskan jualan apakah berita ini pembunuhan kejam ini tidak boleh direka hanya untuk melariskan jualan akhbar umno yang sudah nazak. di laman tranungkite, berita berita pembunuhan ini dicedok terus dari akhbar umno yang mana pernah didapati berbohong melaporkan berita. apakah kita boleh mempercayai lagi berita berita dari akhbar perdana umno yang sedang nazak ini. kepercayaan kepada laporan berita media umno sepatutnya ditapis dahulu sebelum dijadikan berita dalam tranungkite. jangan biarkan berita dari media umno yang tidak diketahui benar atau salah dimuatkan dalam tranungkite.

akhbar media umno ini mendapat jualan paling tinggi dengan melaporkan kes ini setiap hari. kadangkala berita yang disiarkan terdapat keraguan yang amat tinggi. banyak laporan bercanggah antara kenyataan polis dan tulisan wartawan media umno. pihak polis sampaikan terpaksa mengeluarkan arahan supaya wartawan berhati hati dalam melaporkan berita ini. intergriti wartawan media umno memangnya diragui semenjak dulu dan apakah kita merelakan kita diperbodohkan lagi oleh mereka. hari ini media umno melaporkan polis sudah mendapatkan keputusan dna padahal polis belum lagi mengesahkan penemuan tulang itu milik orang yang hilang tetapi akhbar umno dah mengesahkan polis mengakuinya, esok polis menafikan bahawa mereka telah mengesahkan apa yang dilaporkan. jadi dimana kebenaran berita yang ditulis oleh wartawan media umno. jangan sampai kita ditipu hidup hidup lagi dalam membaca tulisan wartawan media umno. tujuan mereka hanyalah untuk menjual sebanyak mungkin naskah tanpa menghiraukan ketulenan maklumat yang akan dibaca oleh rakyat malaysia.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP