welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Saturday, September 18, 2010

kerja menipu media massa umno

media massa yang dikuasai oleh umno telah melaporkan banyak perkara yang bercanggah dengan situasi sebenar kisah pembunuhan. banyak peristiwa-peristiwa yang dipaparkan adalah imaginasi wartawan lidah umno. semalam dap membuat laporan polis kerana ada berita yang mengaitkan suspek utama sebagai ahli dap. dengan apa cara sekalipun lidah umno ini akan melaporkan dari sisi sudut gelap. apakah pembaca tidak sedar bahawa mereka ditipu hidup hidup oleh media massa milik umno ini. semakin banyak yang dilaporkan semakin banyak penipuan yang ditulis. semakin banyak tulisan yang disiarkan oleh media massa umno semakin banyak spekulasi berbanding keadaan sebenarnya. suasana dan tempat pembunuhan pun baru dibuka semalam bagaimana wartawan umno boleh membuat laporan dengan tepat tentang tempat pembunuhan itu jika baru dibuka kepada wartawan, apakah wartawan umno ada ilmu ghaib dan dapat hadir kesitu sebelum dibuka?

fakta fakta kes dan situasi sebenar tidak wujud sebagaimana imaginasi wartawan media massa umno, kenaikan mendadak jualan akhbar bercetak lidah umno menambahkan koleksi pembohongan penulisan. semakin banyak yang disiarkan dalam dada akhbar merupakan satu pembohongan yang tidak disandarkan kepada fakta kes. wartawan umno mendahului penyiasatan polis dan polis telah memberikan amaran kepada media massa umno supaya menghentikan laporan berbentuk spekulasi. cerita yang dikarang oleh wartawan adalah satu cerita tak lebih dari hikayat seribu satu malam yang mana hanya untuk menarik pembeli supaya membeli naskah mereka. mereka sanggup menipu dalam menulis asalkan pembaca membelinya setiap hari dan kalau boleh mereka mahu kes ini dipanjangkan lagi kalau boleh berbulan bulan lamanya agar mereka dapat terus menjual akhbar umno yang sudah nazak jualannya. hanya dengan kes ini sambutan jualan media cetak umno kembali bernafas, setiap hari sold out kerana berita ini. akhbar cetak umno akan cuba mengaut sebanyak mungkin jualan untuk menampung hari suram mereka. hentikanlah membeli akhbar cetak umno dan membuat olahan dari sumber umno terutamanya di tranungkite kerana ia akan menjejaskan kredibiliti laman ini.

lidah umno sepertimana biasa akan cuba mengaitkan pembunuh kejam dan zalim ini dengan pihak pembangkang, walaupun tuduhan itu berupa fitnah tidak mengapa asalkan mereka berjaya menanam sikap benci rakyat malaysia kepada parti pembangkang. nasib baik mereka tak tulis yang pembunuh kejam dan zalim ini adalah ahli dewan penyokong pas, kalaulah mereka yang zalim ini pernah hadir atau terlihat dimajlis pas, pasti wartawan bangang lidah umno akan menulis dan mengaitkan pembunuh ini dengan dewan penyokong pas. blogger umno pasti boleh membuat superimpose dengan membuat muka suspek sedang bersalaman dengan pemimpin tertinggi pakatan rakyat sebagaimana lim guan eng sedang menyembelih lembu. semua boleh ditulis dan dibaca dan akhirnya diolah dengan pelbagai gaya oleh pakatan rakyat. sumber yang diragui kesahihannya selama ini diangkat menjadi sumber yang diyakini. dalam akhbar cetak hanya keputusan no.ekor sahaja yang boleh diyakini dan dipercayai seratus peratus. polis dah mengesahkan bahawa media massa banyak menipu dalam memberikan laporan kes ini.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP