welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Wednesday, September 1, 2010

masjid dan surau

umno dan barisan nasional nampaknya gagal memainkan isu isu masjid surau. walaupun ada yang termakan dengan permainan ini. semoga pelbagai penjelasan dibuat dapat menghapuskan belenggu kebodohan dan kebangangan terhadap berugama. islam agama yang cukup mudah. tapi bukan memudahkan agama islam itu sendiri. islam itu adil dan keadilannya bukan hanya untuk penganutnya sahaja tapi juga untuk penganut agama lain. penindasan tidak pernah wujud dalam kamus ugama islam. islam datang menawarkan keadilan dan satu satunya agama yang diredhai oleh allah subahanataala. islam datang lengkap dan sempurna dan tiada satu cacat celanya kepada umat manusia. jika faham islam, manusia yang bukan islam akan datang berduyun duyun untuk memeluk agama tauhid ini.



masjid dan surau sepatutnya dijadikan tempat untuk melakukan pendakwahan, pemahaman agama islam dan mengajak manusia sejagat memeluk islam. masjid dan surau sepatutnya menjalankan pelbagai fungsi bukannya hanya setakat solat berjemaah, tazkirah, solat jenazah, pelbagai fungsi masjid surau semakin jauh ditinggalkan oleh manusia islam sekarang. oleh kerana pemerintahan umno yang cuba memisahkan masjid dan surau dari rakyat beragama islam menyebabkan lahir pelbagai jenis maksiat gejala sosial yang menakutkan. hasrat kerajaan umno untuk menjauhkan umat islam dari masjid dan surau sudah berhasil. perzinaan, memakan riba, rasuah dan segala mak nenek kejahatan terhimpun apabila fungsi masjid dan surau dihalang oleh mereka. tiada lagi tazkirah yang boleh menggerunkan hati hati manusia, tiada lagi majlis agama yang boleh menjadi pengubat hati yang keluh kesah. hati hati manusia yang beragama islam semakin kelam dan gelap. tiada lagi proses untuk mengimarahkan masjid surau. masjid dan surau ditinggalkan sunyi sepi selepas solat berjemaah ada yang lebih menyayat hati masjid dan surau hanya melakukan solat sunat aidil fitri dan solat jumaat selepas itu sepi seminggu tanpa ada jemaah yang hadir.



ahli jawatankuasa masjid dilantik dari bukan ahli, ahli kelab dangdut, ahli kasino, ahli kelab malam dan ahli perempuan adalah dilantik menjadi ajk masjid atau surau, kesemua ahli jawatankuasa ini tidak layak menjadi ahli masjid atau surau mereka tak suka kepada masjid dan surau. oleh itu perlantikkan mereka hanyalah kerana mereka penyokong umno dan ahli umno. solat berjemaah haram dan datang, kunci masjid atau surau kadangkala bertukar dengan pintu kelab malam. masjid dan surau dikunci dan pinti pintu kelab malam, kelab karaoke tak berpintu dan terbuka sepanjang tahun. perbuatan seperti ini dah lama berlaku dan tanpa disedari oleh masyarakat islam kalau ada yang menentang akan dicop sebagai pembangkang. masjid dan surau lambang penyatuan umat islam dah dilupakan. dalam masjid hanya boleh solat sahaja nak cakap hal hal islam ditempat lain. dalam longkang mungkin boleh diadakan bicara agama. yang mengampu sahaja akan dibenarkan berceramah. yang berlidah syaitan boleh memberikan tazkirah.


10 malam terakhir semakin pilu dan sayu meninjak jiwa manusia yang bergelar mukmin. yang jahil ketawa kerana masa puasa dah hampir habis. masjid dan surau semakin kekeringan jemaah. awal puasa 20 saf diakhir ramadhan dah tinggal 2 baris. manusia dah lupa kepada peringatan allah supaya merebut 10 malam terakhir. oh alangkah malangnya nasib umat islam dimalaysia. tawaran dari allah dibiarkan begitu sahaja. tawaran murah dari pusat pusat membeli belah yang diterimanya. tawaran allah adalah tawaran yang akan membawa bekalan ke akhirat tapi jarang aje manusia yang mengaku berugama islam menyahut tawaran murah ini. semakin dekat ramadhan meninggalkan kita semakin sepi masjid dan surau. surau tok imam melagukan surah dah semakin dilupakan. keseronakan nak menyambul aidul fitri diutamakan. aidul fitri hanya sehari tapi disambut seolah olah nak dirayakan selama setahun. berhabis, bergolok bergadai demi nak sambut raya. allah memberikan tawaran lumayan tanpa mengeluarkan sedikit wang pun tak ada yang menyahutnya. inilah kesan pemerintahan umno selama 53 tahun kemerdekaan. saya berpesan kepada diri saya dan diri saudara semua marilah kita rebut tawaran murah allah diakhir ramadhan ini. anggaplah inilah ramadhan terakhir dalam hayat kita. bangunlah di dua pertiga malam. mintak sungguh keampunan dari allah atas dosa dosa kita.beramallah kita seolah olah kita akan mati esoknya

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP