welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Tuesday, August 31, 2010

umno semakin ngeri

sudah sekian lama umno dan barisan nasional bertakhta dipuncak kuasa dimalaysia, hari ini genap 53 tahun merdeka. rakyat malaysia semakin faham bahawa umno dan barisan nasional tak mampu lagi membendung kebangkitan rakyat. islam mulai mengambil alih sisi gelap yang selama ini dihitamkan oleh umno dan barisan nasional. iklim politik yang berubah landskapnya menyebabkan umno dah kehabisan tenaga dan idea untuk menghalang kebangkitan islam. cahaya islam cuba dibunuh umno tetap menampakkan sinarnya. sinar islam yang sentiasa bersinar menerangi umat manusia cuba dipudarkan warna terang kian terasa bahawa umno dan barisan nasional dah tak mampu lagi membendung kebangkitan islam yang pernah gemilang dimalaysia. cahaya indah diufuk timur mula menyinsingkan fajarnya.

rakyat bukan islam yang sering ditakutkan dengan hukum hudud, ditakutkan dengan pelbagai kisah ngeri tentang agama islam semakin dilupakan oleh rakyat. gambaran betapa ganasnya hukum hudud dan betapa tidak adilnya hukum islam kepada rakyat bukan islam telah gagal diterjemahkan oleh umno. apabila umno dengan secara tak sengaja menampakkan bahawa umno yang tidak mahu kepada hukuman islam. dengan menyebarkan isu isu orang bukan islam dan pemimpin dap masuk masjid atau surau menyebabkan rakyat terfikir kenapakah umno yang nampak menjuarai isu yang sepatutnya digalakkan oleh ajaran islam tapi ditolak oleh umno. isu isu yang sepatutnya menjadi mainan umno seperti biasa seperti tahun tahun yang sudah berlalu nampaknya hambar pada bulan puasa ini.

bulan ramadhan almubarak telah menjadi bulan kemenangan kepada umat islam dimalaysia, pemimpin dap yang sering ditakutkan dengan islam telah memecahkan tembok ini dengan menghadirkan diri untuk cuba menyesuaikan diri bersama sama umat islam berbuka puasa. pemimpin dap tak lagi takut dengan umat islam dan umat islam tak merasakan bahawa dap lagi sebuah parti yang menentang ajaran islam. umat islam cuba memberikan kefahaman kepada dap bahawa islam itu adil untuk semua penganut. boleh bertolenrasi antara satu sama lain. umno melihat bahaya besar dihadapan jika pemimpin dap tak lagi takut kepada umat islam ia akan menjadi ancaman besar kepada kekuasaan mereka. dimainkan isu dengan menggunakan pelbagai medium dan penulis blog umno yang makan upah semakin bodoh dan bangang dalam menulis untuk menghangatkan isu isu ini. semakin penulis blog upahan umno menulis terus menampakkan betapa jahilnya mereka dalam agama islam. sirah nabi pun tak tahu. hanya belajar sejarah umno yang menjelekkan.

islam akan gemilang kembali dimalaysia. kemenangan islam telah bermula. sinar terang dah mulai menyinar hidup rakyat malaysia. umno dan barisan dah nampak tak mampu untuk membendung sinar ini. umno akan mencuba habis habisan jika terlambat mereka tak yakin lagi dapat menghalang perkembangan yang menarik berlaku dimalaysia sekarang. harapan rakyat malaysia berugama islam agar hukum islam dapat di laksanakan dimalaysia dah mulai timbul. impian yang selama ini nampak gelap dan semakin cerah walaupun perjalanan yang akan ditempuh akan bertemu lagi dugaan yang maha berat dan jauh. islam pasti menang itulah janji allah dan rasul kepada para perjuang perjuangnya.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP