welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Saturday, August 21, 2010

tazkirah ramadhan

alhamdulilah puasa dah masuk ke fasa kedua, 11 hari sudah berlalu, pohonlah sebanyak mana keampunan dari allah. banyak sangat derhaka kita sebagai hambanya. banyak yang allah bagi kepada manusia sehingga tak terhitung jumlahnya. banyak sangat keampunan yang diberikan kepada hamba hambanya yang sentiasa berada dalam kederhakaan. jalani puasa dengan penuh keinsafan dan mintalah banyak banyak keampunan. magfirah allah seluas lautan dan seluas bumi dan lebih dari yang kita sangkakan. jadilah hamba yang taat setaatnya kepada perintah dan larangannya. semoga kita terus hidup kita dibawah keampunan allah hendaknya.

walaupun ada tulisan yang terlalu liberal yang mengecam kepada bilal atau imam yang selalu mengulang ulang perkara perkara yang sama dalam tazkirah tapi mereka ini lupa bahawa manusia dilahirkan dengan sifat sifat lemah dan sering terlupa. ingat dan mengingati adalah sangat penting dalam hidup manusia. penulis yang bertunjangkan liberal pemikiran jahat mereka akan cuba mencari jalan untuk menghasut manusia terus jauh dari islam. peringatan yang diberikan sewaktu tazkirah adalah benda yang sama tidak bererti ia patut dilupakan terus atau hanya perlu diingat sekali seumur hidup mereka. betapa jahatnya tulisan yang mana cuba membawa manusia sesat dari agama islam. walaupun mereka berselindung dibalik tabir yang mereka tak menyalahkan bulan tapi peringatan yang dibuat oleh iman atau bilal kepada benda yang sama tak membawa kebaikan kepada manusia yang dirinya berugama islam. betapa kotornya pemikiran mereka dan mereka sesat sesesatnya.

apakah penulis lupa setiap kali solat apakah tidak perlu lagi kepada bacaan alfatehah. Para iman atau bilal yang memberi tazkirah dan merujuk kepada perkara yang sama setiap kali berada dibulan ramadhan dan apakah tidak perlu mengulangi apa yang pernah ditazkirahkan. jika inilah anggapan mereka bacaan alfatehah akan menjadi tidak perlu lagi kerana sepanjang hayat jika dilakukan solat. bacaan alfatehah akan dibaca berulang ulang sampailah malaikut maut menjemput pulang. jika solat tarawih dibuat lapan bermakna 16 kali surah alfatehah akan dibaca. apakah tak perlu lagi kepada bacaan alfatehah? jangan jadi terlalu bangang dalam mempersoalkan tazkirah yang disampaikan. walaupun benda yang sama hendak disampaikan ia perlu kerana manusia perlu kepada peringatan. peringatan yang berterusan akan membawa manusia lebih dekat kepada allah dan menjauh apa yang dilarang.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP