welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Sunday, August 22, 2010

peringatan baik untuk manusia

peringatan yang diulang ulang adalah sahabat baik kepada manusia, sikap manusia yang sentiasa lalai dan lupa kepada allah hendak diberi peringatan berulang ulang agar tertinggal dan menghuni terus didalam otak pemikiran manusia yang bernama islam. manusia telah diketahui bahawa dilahirkan dengan segala kelemahan dan juga dengan akal dan nafsu, nafsu juga terbagi kepada 2 , satu yang menyeru kepada kebaikan dan satu lagi menyeru kepada kejahatan. oleh sebab itu para nabi dan rasul diutuskan untuk memberikan peringatan kepada manusia agar tidak lalai dan tidak mudah lupa kepada sang pencipta. manusia akan terus hanyut dan waktu ini dibanjari dengan segala maksiat dan noda. pelbagai usaha telah dilakukan oleh manusia untuk menyekat keruntuhan moral dan akhlak tetapi usaha tidak berpaksikan islam tidak akan berjaya selama lamanya. ia hanya membaiki dipermukaan dan tidak didasarnya.

peringatan keras yang diberikan oleh oleh kepada manusia mampu membuat manusia yang sentiasa alpa dan lalai akan kembali ke jalan yang benar. perbanyakkan muhasabah diri sebelum melakukan perkara perkara keji. mati adalah satu peringatan yang wajar disebut setiap hari agar jiwa jiwa yang keras dapat dilembutkan walaupun ada yang tak suka kepada peringatan tentang hari kematian. hisab dan neraka jahanam wajar di sebut agar melahirkan jiwa yang gerun kepada hari pembalasan. sesungguh pengampunan dan kasih sayang allah kepada hambanya melebihi kepada kemarahannya. oleh itu marilah kita sama sama berpesan pesan dan mengingati antara satu sama lain agar hati kita tak hanyut dibadai oleh arus global yang semakin menghimpit umat islam sekarang. dulu musuh islam begitu nyata dan jelas tapi sekarang dilidah mufti pun terkandung perkara negatif tentang islam. islam akan terus begini sehingga api islam dapat dipadamkan. dan ingatlah janji allah bahawa islam tak akan dibiarkan begini selama lamanya.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP