welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Wednesday, August 25, 2010

apabila cik det berfatwa

cik det adalah seorang pemimpin umno yang paling banyak sekali mengeluarkan perkataan menyinggung hati umat islam dimalaysia. walaupun cik det kerap kali mengeluarkan kenyataan jahatnya kepada islam tetapi masih lagi ada hati nak bercakap soal islam. semalam cik det mengeluarkan kenyataan bahawa ketua beragama islam perlu disebut dalam khutbah. kasihan cik det dah semakin senja makin mengaruk kenyataan yang dikeluarkan. sejak bila cik det peka kepada islam. bukan dia pernah mengeluarkan kenyataan jika dilaksanakan hukum hudud akan ramai rakyat malaysia kudung tangan, negara akan mundur jika melaksanakan syariat allah di bumi malaysia. kenyataan beliau disambut gembira oleh komponen barisan nasional dan juga ahli umno yang berugama islam sendiri.

cik det sudah lupa sebagaimana dia kata melayu mudah lupa, bukankah dia yang menyebabkan islam makin terpinggir dimalaysia. sikap penentangan cik det kepada ajaran islam amat jelas sekali dengan ucapan ucapan yang sering digunakan kepada pejuang pejuang islam terutamanya kepada pemimpin pas. kenyataan keras dan berbaur ugutan terhadap islam dan pejuang pejuangnya. apakah hari ini cik det nak menjadi hero melayu dan diatas nama islam cik det berpura pura untuk menyokong perjuangan islam. kes khutbah jumaat yang hanya mendoakan km penang telah menjadi satu isu kepada cik det menjadi seorang pejuang islam yang tulen dan berwibawa. terlebih islam dari islam orang lain. pemimpin seperti cik det yang sudah expired tak perlu lagi berpura pura bertindak lunak kepada islam sebagaimana perbuatan masa lampaunya menghina agama islam secara terang terang. sewaktu menjadi perdana menteri ia banyak melukakan hati hati umat islam apakah dengan isu khutbah dapat beliau menebus dosa dosa silam beliau,

bagaimana rakyat nak hidup dengan cara islam jika dizaman kekuasaan cik det banyak benda yang dilakukan adalah menyimpang dari ajaran islam. tidak membenarkan penggunaan ajaran islam secara menyeluruh dalam hidup rakyatnya yang beragama islam. selalu mempersendakan ajaran islam mengikut gerak hati dan seringkali memperlekehkan ajaran agama islam yang mana dikatakan tidak sesuai dengan zaman moden ini. hari ini cik det cuba mengembalikan kembali ajaran islam yang dulunya jadi bahan lawak kepada beliau. islam lebih subur tanpa cik det. sepatutnya cik det memberikan ucapan seperti ini sewaktu menjadi perdana menteri dahulu dan diwaktu ini ia menjadi satu kelewatan dan tidak lagi akan menjadi berbekas dihati rakyat. ramai rakyat sudah tidak mahu mendengar lagi kata kata cik det dalam umno sendiri cik det dianggap liabiliti yang amat teruk dan sepatutnya ditendang ke dalam tong sampah.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP