welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Thursday, August 26, 2010

tazkirah ramadhan - 17 ramadhan

malam ini 17 ramadhan, hari turunnya alquran kepada junjungan besar kita nabi muhammad s.a.w. masjid dan surau semakin kekurangan jemaah. jemaah dah semakin kembali kepada asal. sibuk dengan hal dunia. sibuk nak bersiap untuk menyambut syawal yang akan menjelma 13 hari lagi. betapa ruginya manusia dizaman ini. ramadhan dijadikan alat untuk menyambut 1 syawal yang hanya patut disambut sehari sahaja. yang selebihnya adalah bidaah sahaja kepada sesiapa yang terus menyambutnya. menyambut syawal berlebihan daripada kita kita terus beramal seolah kita akan mati keesokkan harinya dan seolah olah inilah ramadhan terakhir kita. kejarlah malam seribu bulan bukan mengejar kedai pakaian, kedai perabut, kedai perhiasan, kedai lampu, kedai kuih muih. dulu jemaah ada 20 baris tetapi sekarang dah tinggal 10 baris. ramadhan semakin meninggalkan kita dan kita terus bergembira dengan keadaan ini.

allah menurunkan alquran adalah untuk menjadi pengubat hati dan melembutkan hati hati yang keras dan gersang. alquran menjadi ubat kepada hati kita. kita sentiasa mencari ubat kuat untuk mensegarkan tubuh zahir kita dan kita terlupa kepada hati, hati kita perlukan ubat. jadi alquranlah pengubat roh kita yang semakin kering dan layu kerana kekurangan zat. banyaklah kita mengubat hati hati kita yang sudah sakit sekarang. banyak sangat penyakit hati yang tak mampu dikesan oleh perubatan moden dan alquranlah ubat yang paling mustajab. zikurullah banyak banyak dan beristhigfar banyak banyak akan membawa lebih banyak kesan kepada hati dan sesungguhnya nabi muhammad menganjurkan kepada umatnya kalimah ini sepanjang kita berpuasa dan sepanjang hidup kita. hati yang kering sukar menerima pengajaran tentang islam dan hati hati yang lembut mudah untuk menerima kebenaran islam.

bermunajatlah kamu disepertiga malam, bangunlah sahur, berdoalah banyak banyak sesungguhnya doa kamu dibulan puasa tak akan dihampakan oleh allah. para pejuang islam hendaklah merebut keadaan ini kerana sesungguh bulan ramadhan memberikan kekuatan yang luarbiasa kepada pejuang pejuang agama allah. puasa juga membawa kebaikan kepada tubuh badan kita yang selama ini diisi dengan pelbagai makanan. dimalaysia umat islam mati kerana terlampau banyak makanan dan sesungguhnya bulan puasa mengajar kita bagaimana sengsaranya umat islam sedara kita di negara lain seperti di iraq, di palastine dan dimerata dunia yang dilanda kesusahan. ada yang makan rumput untuk meneruskan kehidupan dibumi allah ini. rasailah azab dan sengsara mereka apabila berpuasa. inilah sebenarnya ajaran islam bagaiman persaudaraan islam melebihi segalanya. tidak hanya kepada satu kaum tapi seluruh dunia umat islam adalah bersaudara.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP