welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Friday, August 27, 2010

kuliah pagi jumaat

hari ini hari memperingati badar yang berlaku seribu empat ratus tahun dahulu. tok guru haji hadi seperti biasa memberikan kuliah berupa peringatan dan juga nasihat untuk umat islam yang semakin teruk moralnya sekarang. peringatan keras dari allah terus diperbaharui dari masa ke semasa agar umat islam tak jauh dari talinya. dengan sifat mudah hilang ingatan dan rendah memory maka peringatan berulang kali diperlukan untuk membuatkan minda setiasa takut dan dekat dengan allah. dimana jua kita berada peringatan didalam alquran hendaklah diteruskan dari masa ke semasa supaya tak mudah luput dari ingatan.

kuliah hari ini adalah sambungan daripada hari hari yang lalu. bercerita tentang indahnya syurga indahnya bidadari, ini memberi semangat untuk meneruskan amal ibadat untuk menjadi bekalan kita sewaktu berada dihari kebangkitan. walaupun kisah hari ini berkisar kepada keindahan syurga menyebab manusia lupa seketika dengan kengerian neraka jahanam yang sudah marak untuk menerima tetamu yang kejam dan zalim dan juga mempersekutukan allah dengan benda lain. minta dijauhlah segala itu, semoga kita berada didalam golongan yang mendapat pengampunan dan rahmat allah hendaknya.

satu jumaat lagi dibulan puasa akan menjelang dan satu syawal juga dijangka akan berlaku pada jumaat yang akan datang. dan aku teringat kisah ada puak puak pertubuhan haram akan datang berziarah tok guru dengan membawa 4 soalan. aku yakin jemaah rhusila akan sambut mereka sebagaimana biasa. dan aku ada cadangan kepada jemaah rhusila agar dihari raya nanti imam dan khatib yang membaca khutbah boleh diserahkan kepada khatib tetamu. apa salahnya jemaah rhusila mempersilakan khatib tamu yang didatangkan khas dari seremban. presiden pertubuhan haram boleh menjadi imam dan menjadi khatib untuk berkhutbah di satu syawal di masjid rhusila. aku merasakan presiden pertubuhan haram ini berkemampuan didalam semua segi. semua sudah ditempuhnya, masuk lokap kerana keceluparan mulutnya dalam menulis. mungkin songkokputih boleh meminta ajk masjid membenarkan presiden pasreform yang dikatakan hebat boleh mentafsir alquran dengan baik. arab dengan lughah. mempunyai bacaan semerdu said alghamdi. kiranya jemaah rhusila bertuah kerana berkesempatan dalam mendengar khutbah yang lebih mendahului zaman.

semoga presiden pertubuhan haram bersedia lebih awal kerana mungkin akan berlaku kejutan yang tak diduga, jangan hanya memikirkan hebatnya kita dan membangangkan orang lain. datang dengan 4 soalan dan diberi satu dua soalan dan mungkin presiden pertubuhan haram boleh menghuraikan soalan soalan yang akan diberikan. bersedia dengan apa saja jangan malukan pertubuhan haram anda. jika anda gagal dalam ujian dengan pertanyaan persoalan bermakna anda akan memalukan seluruh anggota parti haram anda. mungkin penasihat anda ada bersama atau hanya membawa sifat kerbau yang menyondol tapi tak tahan bila disondol. walaupun jemaah rhusila lemah dari akal pemikiran dan tidak setanding pemikiran dari jemaah seremban yang membolehkan surau disimbah cat dan pemikiran yang membolehkan kutipan wang untuk jualan tshirt tak dikembalikan walaupun pembeli tak menerima barangnya.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP