welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Sunday, August 29, 2010

badar alkubra

pada 17 ramadhan bertetapan dengan tahun ini 17 ramadhan juga jatuh pada hari jumaat, subahanallah besarnya ramadhan tahun ini. semoga kita mendapat sedikit berkat dari perang badar. manusia kerdil seperti kita rasanya tak mampu untuk berperang dijalan allah. mungkin kita tak akan berperang diwaktu puasa yang panas terik membahang. iman kita tak setebal tentera badar. sebelum berperang di satu tempat bernama badar, tentera islam yang diketuai oleh nabi muhamad sendiri telah bertolak dari madinah ke satu tempat yang bernama badar. perjalanan yang jauh dari madinah yang kalau diukur dengan kiraan sekarang adalah kira kira 100 km. perjalanan yang jauh dan tidak mempunyai kenderaan yang sempurna sebagaimana kita sekarang. tentera badar mempunyai hanya 70 ekor unta sahaja. dan setiap ekor unta tersebut hanya mampu membawa 3 orang secara bergilir gilir dan nabi muhamad sendiri bergilir gilir dengan sahabat sehinggalah mereka sampai ditempat yang bernama badar.

sahabat nabi cuba untuk memberikan unta tersebut untuk kegunaan nabi dan tak perlu bergilir gilir sepertimana orang lain. nabi menjawab bahawa aku juga lemah seperti kamu, aku tak kuat juga seperti kamu, aku juga datang untuk berperang kejalan allah. jadi bergilirlah sahabat nabi dengan nabi muhamad sehingga sampai ke badar. kalau pemimpin sekarang bukan setakat tak nak bergilir nak makan dimeja yang sama dengan menu yang sama pun tak mahu. nabi muhammad menjadi contoh yang terbaik dan teladan yang boleh diikuti sepanjang zaman. nabi muhamad bergilir dan sentiasa berada didepan medan perang. kalau pemimpin atau jeneral sekarang yang mati hanya askar yang berpangkat rendah mati dulu bukannya jeneral. jeneral akan mati kemudian. nabi muhamad walaupun berpangkat perdana menteri dan memerangkap jeneral agung masih berada digarisan depan dalam medan peperangan.

pertempuran pertama adalah meletus akibat perebutan mataair yang dikuasai oleh kaum muslimin dan kafir quraisy cuba memecahkan benteng mata air tersebut dan akhirnya mampusle seekor kafir quraisy ditangan pak saudara nabi iaitu hamzah, itulah kafir pertama yang mati dan yang pertama masuk neraka dihari alqubra. setelah itu pertempuran meletus pada peringkat kedua, kafir quraisy menghantar 3 orang pahlawan mereka untuk berlawan dengan kaum islam dan nabi menghantar anak beranak dia dulu dan meninggalkan kaum ansar dari berdepan dengan musuh islam. nabi bimbang kalau membenarkan kaum ansar berperang dulu nanti akan timbul masalah kerana ada yang akan menghasut bahawa nabi tak bagi anak beranak dia mati dahulu dan untuk menjaga dari fitnah tersebut nabi menghantar dulu 3 orang anak beranak baginda untuk bertarung dengan 3 orang kafir quraisy.


ketiga ketiga kafir quraisy kecundang dan seorang kaum muslimin syahid yang pertama di badar alqubra dan beliau mati dipangkuan nabi muhamad s.a.w. selepas ini masuklah fasa ketiga peperangan badar dan dikalan ini baginda berdoa kepada hadrat ilahi agar diberikan kemenangan kepada tentera islam dan allah memperkenankan doa baginda dan peperangan badar dimenangi oleh tentera islam. diwaktu peperangan ini berlaku iblis dan syaitan juga turut serta dalam menghasut kafir quraisy berperang dengan tentera islam. dan allah memberikan pertolongan dengan menghantar jibrail dan tenteranya untuk turun sama sama berjuang bersama sama nabi muhamad s.a.w. diwaktu itu iblis dan syaitan lari lintang pukang selepas menengok malaikat jibrail turun sendiri berperang bersama sama nabi muhamad.

bulan ramadhan menjanjikan kemenangan kepada sesiapa yang berjuang dijalan allah. walaupun panas membahang tentera islam yang cukup syaratnya akan diberikan kemenangan oleh allah subahanataala. nabi muhamad juga menganjurkan berdoa disetiap masa kepada allah. doa merupakan senjata mukmin yang paling ampuh. islam tetap akan kembali gemilang walaupun mendapat tentangan dan kezaliman. cahaya islam tak mampu dipatahkan oleh orang kafir. sesiapa yang berjuang dijalan allah gunakalah sebaik baiknya bulan yang penuh dengan keberkatan ini. jangan duk sibuk sangat untuk menyambut hari raya.bersedekah jariah banyak banyak itulah sahaja bekalan kita untuk berjumpa dengan allah.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP