welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Thursday, August 19, 2010

ramadhan dan peristiwa

ramadhan bermakna cuaca panas terik disemenanjung tanah arab, bermula musim panas di bulan rajab syaaban dan ramadhan yang paling panas. cuaca panas sekarang dah merebak ke seluruh dunia. dulu dimalaysia suasana berbahang seperti sekarang jarang berlaku. suasana malaysia sekarang berbahang panas membara. kering tekak begitu terasa sekarang sampaikan mandi pun tak terasa sejuknya air. hujan yang turun masih belum mampu menyejukkan dunia yang semakin panas sekarang. ramai yang sudah demam batuk batuk dan keadaan ini semakin menyeksakan bagi yang berpuasa. semoga allah merahmati kita semua dan diberikan pengampunan kepada dosa dosa yang lalu. ujian yang berat kepada umat muhamad belum sehebat yang dilalui oleh junjungan kita yang mana nabi muhamad berperang di waktu bulan ramadhan.

sesungguhnya ramadhan sentiasa memberikan kemenangan kepada perjuangan umat islam. banyak contoh kejayaan perang dalam bulan ramadhan. perang tabuk islam menang, perang badar islam gemilang, perang memerangi khawarij islam menang lagi. pelbagai peristiwa yang berlaku setelah puasa diwajibkan kepada umat nabi muhamad. sesungguhnya islam akan mudah memperolehi kemenangan apabila bulan ramadhan muncul. peristiwa pembukaan kota mekah juga berlaku dibulan yang mulia ini. betapa hebatnya pengurniaan allah kepada umat islam dibulan ramadhan. kebanyak perang dimenangi oleh umat islam. dizaman moden pun islam masih menang, mesir menghalau israel dari sirna dibulan puasa juga. inilah hebatnya bulan ramadhan. semoga kita berolehi kemenangan seperti mana islam gemilang suatu waktu dahulu. sesungguhnya allah terlampau banyak keistimewaan untuk umat islam yang berpuasa.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP