welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Wednesday, August 18, 2010

dinar emas dan darham perak

dinar emas dan darham perak membangkitkan nostalgia kegemilangan zaman keagungan pemerintahan islam berabad abad lamanya. umno seperti biasa sifatnya akan menentang apa saja yang dibuat oleh pas, umno menentang cuti bersalin 60 hari, umno menentang cuti 2 hari seminggu, umno menentang pajak gadai islam dan umno akan meneruskan tradisi bangangnya iaitu menentang apa saja idea pas yang mampu menganggu gugat kehebatan pemimpin dan idea canggih mereka. umno akan kembali menurut apa yang dibuat oleh pas selepas menyedari apa yang pas buat adalah jalan terbaik dari jalan jalan yang ada. dan percayalah bahawa umno akan membuat dinar dan darham mereka sendiri tak lama lagi. ia akan menyanggah dulu habis habisan lepas tu akan kembali ikut selepas tamat proses kutuk mengutuk.

awang adek adalah senator dan timb. menteri kewangan malaysia yang mana dia dikawal selia oleh mat nor yaakob (the god of gambler) memperjudikan duit bank negara satu masa dahulu. awang adek akan memberikan gambaran negatif kepada apa yang cuba diusahakan oleh pas. sikap tak cerdik awang adek memang biasa didengar dan dilihat. emas tetap akan melonjak harganya walaupun kadangkala ia akan menurun, emas ibarat tanah ada pasang surutnya tapi jarang sangat surutnya. kenaikan harga emas dalam 10 tahun kebelakangan ini nampaknya begitu drastik selepas kenaikan harga minyak. dan awang adek tak mahu pas mendahului umno dalam membuat perancangan. husam musa dah menegaskan bahawa dinar dan darham bukannya pengganti matawang tetapi sebagai pelengkap matawang.

sebelum adanya matawang, sistem tukar barang (system barter) dah lama berlaku. barang makanan ditukarkan dengan emas. dan suatu masa dahulu wang negara disandarkan kepada banyak mana emas yang ada dalam simpanan sesebuah negara. apakah awang adek lupa sejarah matawang. tulah banyak sangat hisap cerut sampai akal fikiran dah tak berkembang. apakah husam musa kena bagi ceramah kat awang adek sejarah pengujudan mata wang di dunia ini. emas tak pernah susut nilainya secara drastik sepertimana matawang sekarang. apakah awang adek lupa tentang wang kertas pokok pisang yang dibuat oleh jepun. akhirnya matawang pokok pisang dibakar diumbi pohon pisang kerana tiada nilai langsung kepada pemiliknya. apakah awang adek akan terus bersikap bodoh sombong. demi survival negara dan rakyat sepatutnya awang adek menyokong penggunaan dinar emas dan darham perak. lupakan persengketaan politik buat sementara waktu bagi membolehkan malaysia kembali bangkit dari kejatuhan ekonomi akibat perbuatan umno.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP