welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Sunday, August 15, 2010

bulan kesabaran dan keberkatan

ramadhan dah lima hari berlalu, yang masih tegar berjemaah tarawih tetap meneruskan. yang malas dah mulai berhenti, letih dah penat bekerja disiang hari dibawah matahari yang terik begitu cepat memenatkan kita. kita yang bekerja dibawah kenyamanan pendingin hawa begitu layu berbanding yang bekerja ditengah panas terik. kering kerongkong begitu menyengatkan. air liur dah semakin kering, waktu panas makin mendesak sekarang. yang berpuasa ramadhan belum tentu dapat menikmati sakit susahnya berpuasa. orang yang bekerja di bawah mentari akan merasai betapa azabnya tanpa air sedikit menyentuh halkum. yang bergaji mahal masih mampu tersenyum kerana tiada kesan sangat kepada mereka, datang sebelum matahari bersinar terik dan pulang diwaktu matahari dan kurang teriknya.

kesabaran manusia dibulan ini begitu teruji sekali, yang miskin terus dihimpit kemiskinan lantaran ekonomi yang semakin mengucup, barang barang keperluan amat mahal sekarang, harga ayam dah melambung lambung, kesan kenaikan minyak dah mulai terasa walaupun hanya 5 sen seliter. bagi yang bermotosikal kesannya antara yang dikatakan tak berkesan sangat tanpa tahukah kita bahawa insuran motor dah meningkat berkali kali ganda walaupun cukai jalan hanyalah rm2.00. betapa jahatnya pemimpin umno yang memerintah walaupun cukai jalan 2 ringgit malaysia tapi insurannya beratus ringgit malaysia dihabiskan. murah dizaman cukai jalan 50 insuran baru 50 tak sampai seratus kadangkala tapi sekarang kalau tak ada sertaus setengah jangan harap cukai jalan dapat disambung.

jadi dimanakah katanya kerajaan yang mereka begitu prihatin kepada rakyat yang berpendapatan rendah. denyut nadi rakyat marhaen berdenyut laju, kesemua barang keperluan meningkat berlipat kali ganda. duit yang dicari tak mampu lagi untuk disimpan atau dilaburkan kesemuanya dihabiskan untuk barang keperluan tapi yang lebih menyakitkan mereka pendapatan dah semakin kecil dan semakin tak dapat memenuhi langsung keperluan harian mereka. apa akan jadi jika sekiranya minyak naik lagi. kesannya akan lebih parah jika keadaan ini berterusan tanpa dipedulikan oleh kerajaan umno. umno tak akan mempedulikan nasib rakyat yang penting bagi mereka adalah untuk perjuangan periuk nasik mereka. bertimbun timbun harta dikumpulkan. inilah umno sebenarnya.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP