welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Saturday, August 14, 2010

ramadhan al mubarak

marilah kita sama sama memunggah segala khazanah dibulan ramadhan yang dianugerahkan kepada umat islam. segala khazanah berharga semua berada di bulan yang mulia ini. bulan ramadhan turunnya alquran dan di bulan puasa juga terdapat satu malam yang lebih baik dari seribu bulan. dianugerahkan kepada kita satu malam yang lebih baik dari seribu bulan kerana jangkamasa hayat manusia umat muhammad adalah lebih pendek dari umat nabi lain. dan umat muhammad istimewa kerana diberikan satu waktu yang pendek tetapi pahala yang diperolehi melebihi satu ribu bulan. alangkah beruntungnya kita jika dapat merebut apa yang diberikan kepada kita dan betapa ruginya kita tak merebutnya. nyawa kita tak menentu entahkan panjang atau pendek. sepanjang hidup kita jika dapat satu malam dah menjangkau 83 tahun hidup kita.

awal ramadhan rahmat pertengahan keampunan dan diakhir nya dijauhkan dari api neraka. rahmat yang allah berikan kepada kita diawal ramadhan begitu banyak sampai tak terhitung dan kita juga mengharapkan keampunan darinya. tanpa keampunan darinya hidup kita tak ubah sebagai haiwan yang hidup melata tanpa sebarang tujuan. dan semoga kita adalah tergolong dari manusia yang beriman dan dapat dijauhkan dari azab neraka yang mana kita tak mampu menanggungnya. jika satu lubang jarum neraka ini keluar didunia ini nercaya semua manusia akan mati kerana kepanasannya. allah betapa azabnya neraka.

marilah kita sama sama mengambil manafaat dari bulan yang mulia ini. segala kebaikan terkandung dalam bulan mulia ini. perjuangan islam mesti diteruskan walaupun apa saja halangan. perjuangan islam tak akan lengkap tanpa menumpahkan darah, pengorbanan dan terpaksa membayar dengan harga yang mahal. islam tak akan tertegak tanpa pengorbanan dan ketulusan keikhlasan para pejuangnya. islam akan kembali cemerlang terbilang dan gemilang apabila umatnya kembali sepenuhnya kepada ajaran islam yang meliputi politik, siasah dan juga sosial. islam adalah penyelamat umat manusia. tiada ajaran yang selengkap agama islam. islam itu indah dan makin indah jika kita mengamalnya. semoga perjuangan islam tak akan mati kerana ada sedikit halangan yang menghalang. manusia yang menghalang perjuangan islam tak akan kemana sampai masa ia akan kembali kepada allah juga sebagaimana kita akan kembali mengadap allah, cuma dibimbangi kita kembali kepadanya dengan angka kosong. betapa malangnya kita waktu.nauzubillah.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP