welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Friday, August 13, 2010

tazkirah ramadhan

wahai orang orang beriman berpuasalah kamu sebagaimana diwajidkan kepada kamu sebagaimana orang terdahulu. ayat yang cukup ringkas dan padat. berpuasalah manusia yang beriman kepada allah dan rasulnya. puasa dikerja dengan bersungguh sungguh, bangun sahur solat subuh tak tinggal dah. meninggalkan rokok biasanya macam naga berapi je sepanjang masa. selepas maghrib datang ke masjid surau berjemaah isyak dan sambung kepada tarawih dan diakhir dengan witir. semua orang beriman sanggup melakukan apa perintah allah kepadanya termasuk menahan diri dari makan dan minum. semua yang mengucap sanggup mengerjakan arahan ini. yang tak solat pun sanggup berpuasa demi perintah allah.

wahai orang yang beriman berjuanglah kamu kepada hukum allah. selagi tak tertegak hukum allah janganlah kamu berhenti dari berjuang. disini hampir 2/3 manusia yang mengucap dua kalimah syahadat tak sanggup berjuang menengakkan hukum allah. undur diri secara senyap senyap. ayat ini pun merupakan perintah allah kepada manusia yang mengucap dua kalimah syahadat. sebilangan manusia tak sanggup memenuhi perintah allah ini ada yang sengaja melengahkan perintah allah ini padahal perintah allah dapat pahala jika dibuat dan berdosa jika ditinggalkan. tapi manusia dengan bongkak meninggalkan perintah berjuang dijalan allah. banyak alasan dari terus menerima perintah. tak sanggup menerima perintah ini.

allah dah memerintahkan kita berjuang dan berpuasa kenapa hanya puasa saja perintah allah dipatuhi dengan tenang tanpa ada bantahan. seolah perintah allah ada yang boleh ditinggalkan dengan kehendak nafsu kita yang mahu yang senang dan mengikuti kata hati kita. sesungguhnya allah tahu apa yang baik untuk kamu. apa yang senang untuk kamu sebenarnya tak berguna sesen pun bagi allah. apa yang memberatkan kepada kamu untuk melaksanakan perintah berjuang itulah yang terbaik untuk kamu. jadi semperna bulan yang mulia ini marilah sama sama kita berjuang bersama sama menengakkan agama allah. sesungguhnya bulan puasa adalah bulan perjuangan. pembukaan kota mekah berlaku dibulan puasa, perang badar berlaku dibulan puasa. jika kita berjuang dibulan puasa nercaya allah akan memberikan kita kemenangan. perjuangan tetap diteruskan. allahuakbar

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP