welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Wednesday, August 11, 2010

strategi yang sama

aku tengok dah lama benda ini, tapi sejak dua menjak ni dah nampak seolah olah dah jadi strategi kedua dua mamat umno ini untuk menagih simpati dan sokongan kepada mereka. cik det mantan pm yang paling lama berkuasa dan paling banyak menghabiskan harta rakyat dan paling banyak menyenangkan kroni IPP. IPP penghisap darah akibat kedurjanaan perjanjian yang dibuat oleh cik det. cik det semalam bersuara suruh tukar kerajaan kalau mampu dan kalau masih berkenan dengan kerajaan lama tak apa kita kena tukar pemimpin. maknanya cik det dah tak suka pada jib, cik det suka muhyidin dah sekarang kerana cikdet dah ada clone sebagaimana nuar berahim mempunyai clone iaitu ezam. ezam clone nuar berahim kalau tak lihat orangnya nercaya orang kata nuar berahim yang berucap.

kenapa aku kata clone cik det muhyidin ni, cik det menangis dalam perhimpunan umno sewaktu mengumumkan perletakkan jawatan sebagai presiden umno dan juga sebagai perdana menteri. idea menangis menusuk masuk ke hati perwakilan. dollah badawi dan kak fidah yang mula datang selepas cik det dengan tersedu sedan menangis. oleh kerana air mata merupakan satu senjata yang amat berkesan kepada audien waktu itu. rupanya tangis cik det tak kemana pun, hanya strategi cik det sahaja. dengan selamba cik det menyambung kembali tugas sebagai presiden umno dan perdana menteri. cik det gelak sakan waktu itu berjaya menipu audien. perwakilan umno lupa seketika siapa sebenarnya cik det. adegan tangis begitu menyentuh jiwa perwakilan umno.

strategi yang sama digunakan oleh muhyidin sekarang, semua benda yang muhyidin buat didahului dengan menangis, nyatakan sokongan kepada najid pun menangis, sambut majlis pun menangis. menangis ada satu perkara yang amat dekat dengan hati manusia. manusia akan cepat bersimpati dengan orang yang menangis. oleh itu cik det ajar muhyidin menangis jika mahu jib cepat cepat berambus dari kerusi pm. dan kedengaran ura yang kuat menyinsing cik det dah tak suka pada tok jib. tok jib kena berundur secepat mungkindari singahsana kerajaan malaysia. segala peracangan tok jib disangkal oleh cik det. cik det kata 1 malaysia tak sampai maksud, seolah olah slogan satu malaysa hanya bahan lawak bagi cikdet. muhyidin pun dah kata slogan ini tidak membawa apa apa erti kepada rakyat malaysia. yang penting sekarang muhyidin kena pandai menangis untuk menarik simpati umno kepadanya.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP