welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Wednesday, August 11, 2010

marhaban ya ramadhan

syukur kepada ilahi, bertemu lagi kita tahun ini dengan ramadhan. bulan seribu bulan. berlumba lumba mencari kebaikan dan bersedekah banyak banyak. banyak kelebihan bulan ramadhan yang allah bagi kepada umat nabi muhamad. diberikan lima kelebihan kepada umat nabi muhamad dan tidak diberikan kepada umat umat terdahulu. umat nabi muhamad yang mempunyai umur yang pendek berbanding umat nabi lain dianugerahkan oleh allah lima kelebihan kepadanya. marilah kita sama sama merebut pahala yang berlipat kali ganda yang allah janjikan kepada kita. dan bersyukur lah kita banyak banyak, dimasih ada lagi hayat ini kita masih lagi berkesempatan bertemu lagi dengan kedatangan ramadhan,

diantara kelebihan kelebihan yang allah kurniakan kepada umat nabi muhamad ialah mulut orang yang berpuasa harum bagaikan kasturi disisi allah, malaikat berdoa keampunan kepada mereka sepanjang hari berpuasa hinggalah tiba waktu berbuka. allah menghiasi syurga setiap hari yang akan disediakan kepada orang orang yang berpuasa. allah lebih hampir dengan hamba hambanya yang soleh. diikat syaitan yang selalu menggangu umat nabi muhamad dalam mengerjakan perkara kebaikan. diampunkan hambanya diakhir malam setiap malam dibulan ramadhan. inilah kelebihan yang diberikan kepada umat nabi muhamad dan tidak diberikan kepada umat umat yang terdahulu. marilah kita sama merebutnya.

puasa juga menjadi perisai kepada neraka allah. siapa yang menjaga puasanya nercaya allah akan memberikan balasan yang setimpal dengannya. berdoalah sepanjang bulan ramadhan ini kerana allah tak akan menolak doa hambanya dibulan puasa. sesungguhnya allah memuliakan hamba hambanya yang berpuasa dan menjauhi perkara perkara yang membolehkan puasa menjadi batal. mengumpat mengeji dan berdusta akan menyebabkan puasa tidak mempunyai lagi keberkatan dan tiada pahala untuk hambanya yang tidak mahu meninggalkan perkara perkara yang membatalkan puasa. marilah kita sama sama menjaga puasa kita akan ia menjadi perisai kepada azab allah. berdoa berzikir setiap masa.

rebutlah sepuluh malam terakhir, bertadarus, beramal seolah olah kita tak akan berjumpa lagi dengan ramadhan yang akan datang. berpuasalah dengan iman bukannya berpuasa mengikut tradisi sahaja. hidupkanlah malam malam dibulan ramadhan. bergembiralah bagi orang orang yang berpuasa dan dapat menghabiskan puasa selama 30 hari hanya dalam setahun. 11 bulan dah kita menikmati makan minum tanpa henti. cuma 30 hari sahaja kita berhenti. bersabarlah kita menghadapi puasa dizaman pancaroba ini. semoga allah mengampuni diri kita. semoga pintu al raiyyan dibukakan untuk kita dihari pembalasan dan dapat minum didalam dan kita tak akan dahaga selama lamanya. isnyaallah.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP