umno tidak lemah kata tok jib
umno tidak lemah kata pm najib. kenapa najid mengatakan bahawa umno tidak lemah, jika ditinjau dari masalah sekarang kenapa umno yang dikatakan tidak lemah melutut dan merayu rayu meminta pas untuk menjalinkan kerjasama. dilaungkan atas dasar melayu islam, pas dan umno perlu bersatu. syarat yang dikenakan oleh pemimpin cukup jelas dan cuma ada yang suka menabur fitnah sahaja yang berusaha ke arah lain. pas memperjuangkan islam sebagai dasar dan ini dah dijelaskan dari awal penubuhan dan sesiapa yang menjadi ahli pasti mengetahui itulah perjuangan hakiki pas. samada ahli pas yang tak bayar yuran atau yang baru masuk pas dah berlagak bodoh sombong. yang cuba memesongkan perjuangan pas adalah dari orang yang suka mengadudomba dan menimbulkan perkara yang tak senang dalam pas.
umno memang dari dulu kuat, sentiasa kuat dan merasakan diri mereka kuat. kerana terlampau kuatlah kebanyakan cawangan bersidang polis terpaksa berkawal. kekuatan yang ada pada umno begitu menyeluruh sekarang, umno lebih hebat dibawah tok najid sampaikan terpaksa mengambil alih negeri perak dengan kuasa mahkamah kaldai. terpaksa mengusung speaker dun perak keluar dari dewan dengan pertolongan polis. menamatkan permit suratkhabar pembangkang terutama suara keadilan, harakah dan rocket. jika umno lemah pasti semua ini tak berlaku waktu ini. setiap kali pemimpin umno bercakap mesti ada selitan yang mengajak pas bersama sama demi kebaikan rakyat malaysia.
dari sebelum merdeka memang umno dah kuat, nak merdeka pun umno terpaksa pergi ke england, kalu umno tak kuat dah pasti england tak lepaskan tanah jajahan mereka jika tiada perjanjian yang menguntungkan england. hari ini selepas 64 tahun umno ditubuhkan umno semakin dilihat kuat sangat sampaikan terpaksa mengurangkan subsidi kepada barangan keperluan utama rakyat. harga minyak dinaikkan kerana umno kuat berjoli dan berboros dalam berbelanja. cukai gst diperkenalkan kerana cukai dikira dari mula sampai masuk mulut rakyat. tak ke kuat ke namanya umno. umno akan dilihat terus menerus walaupun terpaksa menjadi pembangkang dimasa akan datang. masih dianggap kerajaan walaupun tak memerintah negara malaysia lagi. najid dah makin seronok bermimpi dengan kajian media umno. semoga umno terus kuat agar ia cepat berambus dari memerintah malaysia.
0 comments:
Post a Comment