Dari rhusila ke dato' siamang gagap
menyelusuri perjalanan jauh menuju negeri aduk@kaduk dari rhusila amat memenatkan, perjalanan melalui lebuhraya pantai timur dan exit melalui tol gambang menuju ke nogori sembilan. melalui hihgway segamat dan terus ke bahau. walaupun perjalanan jauh, mata dihidangkan dengan kehijauan tumbuhan pokok hutan dan juga pokok kelapa sawit yang baru nak naik dan yang sudah tua mahu menyembah bumi. perjalanan yang memakan masa 6 jam atau 7 jam menuju kuala pilah dan terus ke dato' siamang gagap. perjalanan yang lancar dari lebuhraya pantai timur dan memasuki jalanraya segamat yang lurus tidak terasa sangat keletihan. apabila memasuki bahau dan seri jempol jalan mulai kecik dan beralun. jika bertembung dengan lori bersaiz gergasi kita terpaksa mengelak kebahu jalan, seolah jalanraya tidak cukup saiz dan pakai taram je membuatnya. jalan kroni gamaknya.
menuju ke kuala piliah akan berlaku jalan yang berselekoh tajam dan sempit, apakah mat hassan buat sampaikan jalan pun tak baiki, banyak sangat selekoh, mungkin mat rempit senang nak ambik lap kot. disekeliling banyak kedai yang menjual itik gantung, permandangan ini sukar dilihat dilain negeri adanya orang jual itik gantung terutama kaum melayu yang dibenci oleh adukatarakguna. biasanya dinegeri lain yang menjual itik gantung adalah kaum cina. sesiapa yang gemar kepada makan itik boleh lah berkunjung ke negeri sombilan. dari kuala pilah nak menuju soromban biasanya akan melalui bukit putus, mungkin kerana jalan yang terlampau banyak selekoh dan sempit akan menyembabkan tali perut cepat putus sebab itu dinamakan bukit putus, melalui bukit putus begitu mencabar dan boleh membuat otak cepat berpusing ligat dan banyak wayar putus dalam tubuh badan. berhenti seketika di pusat rekreasi di ulu bendul, sama seperti tempat lain. loving couple terlalu banyak. ini yang sepatutnya dilanggar oleh adukatarakguna bukan duk sibuk melanggar orang yang mengajar ugama.
perjalanan dari kuala pilah ke soromban hanya berlegar dalam 35 km tetapi kerana kesesakan lalulintas menyebabkan terasa lamanya untuk sampai ke dato' siamang gagap. begitu hebat namanya tapi aku tak tahu siapa dato'siamang gagap ni, yang aku tahu hanya namanya. mungkin orang yang hebat kalau tidak manakan bisa dinamakan jalan semperna gelarannya. jalan menuju kuala pilah sudah mempunyai satu jalan lain selain dari jalan bukit putus. lebih cepat, cantik dan yang paling penting adalah tetap berselekoh tajam. mungkin orang nogori suka jalan dibuat selekoh yang tajam menguji daya tahan pemanduan. hampir sejam menuju ke soromban, walaupun kilometernya hanya sedikit sahaja. kalu nak pergi rhusila pun ambik masa tak sampai 20 minit. aku dah menghampiri jalan dato; siamang gagap, semakin sesak jalannya. terpaksa mencari penginapan dulu sebelum meneruskan kerja kerja kerana hari dah hampir malam. rehat kan dulu sebelum menyambung tugas tugas yang sudah pasti menanti esok.
0 comments:
Post a Comment